Ada apa dengan Kg. Seri Daik? Kerana setiap yang ‘masuk’, pasti akan ‘hilang’…

Ada apa dengan Kg. Seri Daik? Kerana setiap yang ‘masuk’, pasti akan ‘hilang’…

 

Disebalik kehijauan dan ketenangan sebuah kampung, sebenarnya mempunyai kisah misteri kehilangan. Walaupun sudah 17 tahun berlalu, namun ia masih kekal sunyi sepi.

Bukan itu sahaja, penduduk Kg. Seri Daik beritahu sungai di kawasan perkampungan mereka pernah dipenuhi dengan warna darah selama tiga hari berturut-turut tanpa diketahui punca sebenar.

Malah, jambatan gantung di kampung tersebut juga pernah roboh selepas ribut melanda secara tiba-tiba. Cuba bayangkan, sebuah perkampungan yang tidak pernah dilanda ribut atau hujan lebat secara tiba-tibanya memusnahkan jambatan gantung tersebut. Hmm, mungkin sudah ditakdirkan berlaku atau sebenarnya angkara pengamal ajaran sesat?

Ya, benar. Ramai penduduk kampung pernah nampak banyak peristiwa aneh berlaku sehinggakan satu-satunya gua yang terdapat di Kg. Seri Daik pernah digunakan oleh  pengamal ajaran sesat selama 10 tahun. Dengar cerita, ada orang kampung terlibat sama dalam upacara kurafat tersebut.

Dan, mereka juga mengatakan pernah melihat kelibat misteri tinggal di sebuah rumah kecil berkelakuan mencurigakan. Pandangan matanya cukup tajam seakan-akan mahu memakan seseorang.

Katanya, kelibat tersebut sebenarnya bomoh yang boleh merawat orang dengan sekelip mata sahaja. Tak tahu ubat apa yang diberi oleh bomoh tersebut, tetapi orang cakap mujarab.

Walaupun banyak peristiwa aneh berlaku, tetapi hutan di Seri Daik tetap sunyi tanpa sebarang bunyi yang kedengaran. Boleh dikatakan ia sebuah hutan tanpa sebarang kehidupan, tetapi ada penghuni.

Berbalik kepada misteri kehilangan, sebenarnya kampung berkenaan dikatakan sangat keras kerana orang luar yang ‘masuk’ pasti akan ‘hilang’.

Bunyi deruan angin di kawasan bukit boleh membuatkan bulu roma seseorang meremang secara tiba-tiba. Bertambah meremang apabila apabila munculnya cahaya misteri di sebalik busut yang terletak di dalam hutan Seri Daik.

Aura busut tersebut sangat kuat seperti magnet menarik seseorang tanpa disedari. Hari demi hari, lebih bertambah misteri di kampung tersebut apabila secara tiba-tiba muncul sesuatu di Facebook Kampung Seri Daik.

Apakah ia sehingga membuatkan ramai tergamam dan terkedu sehingga hilang kata-kata? Bilakah semua misteri itu akan terjawab?