Ada angin dalam paip punca air keluar perlahan, ini cara untuk lajukannya semula

Ada angin dalam paip punca air keluar perlahan, ini cara untuk lajukannya semula

 

Biasa berlaku di rumah, air yang keluar dari kepala paip perlahan. Bekalan air tiada masalah tapi air yang keluar sikit saja tak laju hingga melambatkan urusan.

Dikongsi oleh @zammenyelenggara, menurut beliau salah satu punca air keluar perlahan ini adalah kerana ada angin dalam paip.

Cara selesaikan 

Bagi menyelesaikan masalah ini caranya mudah saja, tak perlu panggil tukang pun. Ia boleh dilakukan sendiri. Caranya;

1.Kita cuma perlu buka kepala paip untuk mengeluarkan angin, kemudian biar air mengalir seketika.

2. Selepas nampak air mengalir laju, boleh pasang semula kepala paip. Selesai masalah.

Boleh tonton video DIY di bawah untuk lihat caranya.

@zammenyelenggara

mudah jer.. napa bayar lebih😁

♬ bunyi asal – Zam – Zam

INFO EKSTRA
Punca angin masuk dalam paip ini terjadi sewaktu air tangki kering. Keadaan ini juga dipanggil airlock. Ia biasa berlaku dalam saluran paip yang disambung selepas tangki air bersaiz kecil.

Oleh kerana angin lebih ringan daripada air, angin akan cuba naik ke atas, tetapi dihalang oleh air yang terdapat dalam salur paip tersebut. Tetapi tekanan air daripada tangki tidak cukup untuk menolak angin itu keluar daripada salur paip, maka fenomena ‘airlock’ pun berlaku.

Masalah ini apabila berlaku, buka kepala stopcock, keluarkan angin yang terdapat dalam salur paip kemudian barulah paip pada bilik air mengeluarkan air.