Acah tampar & ganggu wanita tidak dikenali, peguam ini kata perbuatan Youtuber ini dianggap jenayah

Acah tampar & ganggu wanita tidak dikenali, peguam ini kata perbuatan Youtuber ini dianggap jenayah

 

Ada seorang YouTuber telah membuat prank acah-acah tumbuk orang di eskalator di sebuah mall.

Dia telah pun meminta maaf.

Namun sebenarnya, perbuatan acah-acah tumbuk ini merupakan satu jenayah. Walaupun ianya berniat untok prank, ia tetap satu jenayah.

Perbuatan ini termaktub dalam Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ‘menakutkan secara jenayah’:

“Barang siapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai
dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya;”

Mangsa-mangsa boleh buat laporan polis mengenai YouTuber ini.

Bolehkah kita menakut-nakutkan atau prank orang?

Ya boleh. Tetapi, ada tapinya,

Yang kita tidak boleh buat adalah menakut-nakutkan dengan perbuatan jenayah seperti takut-takutkan orang dengan lagak ingin memukul, serangan dengan senjata, bunuh atau merogol.

Walaupun ianya sekadar prank, tetapi pelakuan jenayah yang acah-acah juga merupakan satu kesalahan.

Sumber: Mufarwa Farid

Acah tampar dan ganggu wanita tidak dikenali, tindakan YouTuber ini undang kemarahan netizen

Akhir-akhir ini, dapat dilihat sudah menjadi kebiasaan di mana para YouTuber menghasilkan konten yang penuh dengan kontroversi sebelum tampil memohon maaf selepas diserang oleh para netizen.

Situasi yang sama nampaknya berlaku sekali lagi melibatkan YouTuber Mizan Majid menerusi sebuah video yang dimuat naik pada 7 Oktober lalu. Menerusi video tersebut, YouTuber yang terdiri daripada dua individu tampil dengan konten dengan acah menampar individu tidak dikenali di sebuah pasar di Kuala Lumpur.

SUMBER: SAYS

Apa yang dilakukan YouTuber Mizan dan Man ini adalah berada di eskalator dan mengacah mereka yang berada di eskalator bertentangan. Tindakan yang dibuat nyata menakutkan mangsa yang terdiri daripada dua wanita yang dilihat lari daripada dua YouTuber tersebut.

Meskipun YouTuber ini berjaya menemui para mangsa dengan memaklumkan ia hanyalah sekadar prank serta memaklumkan video tersebut sekadar dihasilkan untuk hiburan penonton, para netizen nyata kurang senang dengan prank yang dihasilkan.

Malah, video tersebut telah menerima jumlah dislike empat kali ganda melebihi jumlah like yang diterima. Berikut merupakan respon netizen yang berang dengan konten yang dihasilkan.

SUMBER: YOUTUBE MIZAN MAJID

SUMBER: YOUTUBE MIZAN MAJID

Menerusi kecaman yang diterima oleh para netizen, YouTuber ini tampil dengan video permohonan maaf empat hari selepas video asal dimuat naik. Menerusi video tersebut, beliau tampil memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai dan juga dua wanita tersebut atas tindakan yang dibuat.

Menurutnya, tidak ada manusia yang sempurna dan sering kali tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Mereka juga berharap para netizen dapat memaafkan atas tindakan yang dilakukan.

SUMBER: YOUTUBE MIZAN MAJID

Dalam pada itu Mizan Majid memaklumkan beliau akan terus menghasilkan video prank yang boleh diterima rakyat Malaysia kelak sebagai konten di YouTube dan meminta orang ramai terus menyokong ‘karya’ beliau.

Sumber: Vocket