“Acah-acah baik” – Fathia Latiff bengang, suruh netizen dengar ceramah ustazah

“Acah-acah baik” – Fathia Latiff bengang, suruh netizen dengar ceramah ustazah

 

Selepas mencipta kontroversei menerusi foto dengan ‘anak ikan’, pelakon sensasi Fathia Latiff tampil membidas netizen yang tak henti mengecam di Instagram miliknya.

Menerusi sebuah video dimuat naik di Instagram Story (IGs), Fathia meluahkan rasa berang terhadap netizen yang mengkritiknya sekaligus meminta mereka ‘berambus’.

Kata Fathia, dia berasa semak melihat komen-komen netizen yang terus mengecamnya di laman sosial.

“Just go away and get your life. If you don’t like my postings on Instagram, you can just move away.

“You don’t have to debate on my comments page because it is annoying and so irritating.

“So just move on!,” katanya.

Sementara itu, aktres drama rantaian Ariana Rose ini turut sempat memberikan cadangan kepada netizen untuk membuat perkara lebih faedah seperti mendengar ceramah daripada mengutuk orang lain.

Bagaimanapun, Fathia berkata dia tidak kisah sekiranya netizen mahu memberi nasihat namun tidak bukan menghina.

“If you guys feel like you don’t have nothing better to do, pergi dengar ceramah Ustazah ke apa, if rasa korang ni baik sangat nak komen pasal orang lain.

“I’m sick of all of this orang yang acah-acah baik. Korang pun tak tentu lagi masuk syurga ke neraka.

“Jangan sibuk, boleh bagi nasihat tapi jangan nak hina eh,” selarnya.

 

Sebelum ini, perkongsian Fathia di Instagram meraih perhatian selepas dia berkongsi video berpelukan bersama seorang individu yang didakwa merupakan anak ikannya.