“Abang nak kahwin tak, Nina boleh pinangkan, rasa nak gugur jantung ni, aksi aku dengan budak praktikal dalam mall kantoi depan Nina”

“Abang nak kahwin tak, Nina boleh pinangkan, rasa nak gugur jantung ni, aksi aku dengan budak praktikal dalam mall kantoi depan Nina”

 

Sementara tunggu kereta siap repair dekat workshop ni, abang nak share kat korang semua pasal kisah bini abang, Nina. Panjang sikit harap bersabar.

-1992

Abang umur 16 tahun masa tu, muda belia. Abang ikut bapak abang pergi ke rumah kawan bapak dekat satu pekan ni untuk tonton siaran langsung Piala Thomas.

Harap maklum abang dulu bukan orang senang, bapak abang tak bayar lesen tv waktu tu jadi tv disorok bawah rumah sebab takut kantoi dengan pegawai yang datang check rumah ke rumah dan abang tak boleh tengok tv.

Sampai kat sana, abang duduk bersila dekat tepi dinding ruang tengok tv sambil tunggu siaran langsung start.

Mata abang tertatap dekat seorang budak perempuan umur 12 tahun masa tu tengah ratah ayam goreng dekat tangga dapur. Badan montel, comel berkulit putih dan berambut perang. Sekali tengok macam anak kacukan pun ada.

Dia makan, makan dan makan tulang ayam sampai tak sedar orang sekeliling. Agak agak dalam 6 ketul juga budak ni mentekedarah ayam goreng.

Abang tak fokus dah badminton time tu, abang fokus budak ni. Rupanya budak tu anak tuan rumah iaitu anak kawan bapak.

Lepas Malaysia menang lawan badminton, bapak abang ajak balik. Abang perhati je budak tu masa nak bangun. Budak perempuan tu akhirnya pandang abang balik. Dia buat muka toye je. Tak sangka tu pertama kali abang jumpa Nina, bini abang.

-1996

Bapak abang buat kenduri kahwin kakak abang dekat rumah. Abang masa tu cuti semester, abang baru umur 20. Badan abang tinggi 184cm dan kurus jadi segala urusan panjat memanjat, pasang pelamin dan tukar langsir tu semua abang buat masa pagi sebelum nikah.

Tengah abang berkemas, abang nampak budak perempuan yang sama abang nampak pada yahun 1992 tu tengah makan dekat beranda rumah abang.

Ye, si montel tu makan lagi dan kali ni dia makan ayam lagi. Confirm dia rembat ayam yang siap digoreng untuk buat ayam masak merah kat dapur ni. Mak dia datang untuk merewang, budak ni datang sekali.

Makin cantik muka dia.. Tapi berat badan macam dah bertambah. Hahaha.

Dia ni semakin tinggi, agak agak macam 170cm lebih macam tu la tapi berbadan besar. Dari belakang abang nampak rambut perang dia yang sekerat bahu tu terurai jatuh.

Abang rasa berbunga bunga tengok dia dan tiba tiba dia menoleh ke arah abang. Rasa macam nak tercabut nyawa waktu tu. Indahnya ciptaan Allah. Gadis comel muka putih rambut perang. Masa tu dia umur 16 tahun.

Tapi dia jeling je tengok muka buruk abang. Abang jadi segan. Ini kali kedua abang tengok dia.

-1999

Kenduri kahwin kakak no 2 abang. Kali ini abang ternanti nanti budak tu kot kot dia datang lagi. Hampa abang, masa rewang kali ni mak dia tak datang pula. Abang nak tanya mak bapak abang tapi abang segan. Sudahnya diamkan je.

Kenduri kali ni busy sikit. Masa muka abang berminyak minyak sebab kena ulang alik ambil lauk dan nasi letak atas dulang untuk dihidangkan kepada tetamu bawah kanopi, abang terjumpa dia.

Dia cantik sangat pakai baju kurung. Badan maintain montel begitu. Tak apalah nak buat macam mana kan kalau dah suka tu tak kira la montel ke kurus ke, dia tetap pujaan abang.

Abang pula segan sebab muka abang hodoh, berpeluh masa jumpa dia. Dia tengok abang, dia sengih. Dalam betul lesung pipit dia.

Masa abang tengah kemas kemas meja, budak tu datang, tanya nama dan umur. Abang cakap nama abang Kamal, umur 23. Dia cakap nama dia Nina, umur 19. Dia kenyit mata. Comel sungguh..

Abang nak kenyit mata, abang tak berani pula takut lari anak orang ni nanti jadi abang angguk je. Nina bagi no telefon rumah dan alamat, tulis dekat tisu yang ditulis guna celak mekah yang Nina letak dalam purse dia. Senang nak utus surat katanya.

Berani sungguh budak ni, lain perangai dengan abang yang penyegan.

-2001

Abang dapat offer pergi overseas sambung master. Abang dari tahun 1999 memang berutus surat dengan Nina masa masing masing belajar dekat universiti.

Abang suka tulis ‘ke hadapan Nina, abang senantiasa merindui Nina’ di kepala surat sambil tabur bedak dalam surat. Hehehe.

Masa abang dah nak fly, Nina hantar abang dekat KLIA. Nina duduk di Shah Alam waktu tu, Nina tengah buat degree ke diploma entah. Nina menangis sambil bagi surat dekat abang di KLIA.

Nina cakap, baca masa dalam flight. Abang angguk je. Bapak Nina pun ada, siap bagi duit dekat abang, minta abang study betul betul dan berpesan bila balik nanti terus masuk meminang Nina.

Masa abang scan badan dekat airport, pegawai polis datang iringi abang masuk dalam bilik siasatan. Gabra abang..

Rupanya abang disyaki bawa viirus antrax, sebab Nina tabur bedak dalam surat. Adoi kesayanganku Nina. Nasib baik takde apa apa berlaku. Abang dilepaskan tanpa sebarang dakwaan.

-2005

Abang baru dua bulan berkahwin dengan Nina. Abang dah naik berat 3kg. Nina punya misi nak jadikan abang gemuk macam dia. Abang dah risau dah, cukuplah seorang je montel, patah katil nanti.

Tapi Nina masak sedap sangatlah, lagi sedap dari restoran. Sambil Nina masak, abang lipat baju sebab Nina tak suka urus kain baju.

Lagipun ini memang denda yang Nina bagi kat abang sebab abang pernah cakap dekat dia, kalau tak suka urus kain baju, Nina tak payah pakai baju dalam rumah. Huhuhu. Terus abang kena denda lipat baju sehingga ke akhir hayat.

-08.10.2006

Hari ini ulangtahun hari jadi Nina yang ke – 26 dan ulangtahun perkahwinan abang dan Nina yang pertama. Macam biasa, abang lupa tarikh ni semua. Kek apa semua langsung tak prepare.

Engineer macam abang ni seluar dalam pun lupa tukar apatah lagi tarikh. Nina marah abang dan abang kena tidur depan tv.. Hehehe.

Tapi tarikh ni sangat bermakna untuk abang sebab esoknya Nina buat surprise lepas keluar bilik. Nina first time pakai tudung. Alhamdulillah cantik isteri abang pakai tudung.

Tudung bawal warna pink cair ada manik manik dekat sekeliling hujung tudung. Bila tengok muka bulat Nina pakai tudung tu, abang jatuh cinta makin jatuh makin hanyut aww..

-2008

Nina suka kerja sampai lewat malam. Satu hari tu, abang balik awal. Abang landing atas katil kemudian abang ambil laptop. Abang pasang cerita terlarang, pinjam cd kawan abang. Hehehe.

Perempuan dalam cerita ni kurus, so abang fikir dia tak macam Nina. Syok betul abang layan ‘cerita’ sambil terbayang perempuan kurus.

Kemudian abang tengok ‘cerita’ sampai tak sedar Nina dah balik dan dia ada dekat belakang abang. Eh balik awal pulak harini. Abang malu sangat tak tahu nak letak muka kat mana. Kantoi. Tertangkap dengan bini sendiri tengok ‘cerita’ perempuan kurus. Abang takut kalau Nina marah..

Tiba tiba Nina cakap, jom tengok sekali. Alamak terkejut abang. Abang pun tengok sambil malu malu.

Abang tengok muka Nina, Nina tengok muka abang. Abang rasa macam dah tak ada muka bila Nina cakap, “besar jugak timun dia bang.” Abang dah start gigit kuku bila Nina tengok timun lelaki tu macam nak terkeluar biji mata Nina.

Masa abang tutup laptop, Nina tanya kenapa abang tutup, dah taknak tengok ke? Abang jawab abang segan.. Nina cakap, ooo tahu segan rupanya.

Ketar lutut abang, sayang. Mampus abang kalau Nina minta timun abang pun besar macam mat salleh tu. Sejak dari tu abang insaf tak tengok ‘cerita’ sampai sekarang..

-2009

Mak abang selalu minta abang nasihatkan Nina untuk kurus supaya senang nak mengandung. Tapi abang tak sampai hati nak bagitahu Nina.

Bagi abang, Nina dah sihat walafiat. Memanglah gemuk sikit tapi bukanlah gemuk takde shape pun. Abang suka Nina macam ni, lagipun Nina tak pernah kurus sejak abang kenal Nina dari umur 12 tahun. Abang dah selesa tengok Nina berbadan montel.

Abang terdengar Nina menangis sambil call mak Nina. Dia cakap dia ada masalah dengan 0vari. Abang berdebar debar dan terus peluk Nina lepas Nina call mak.

Nina bagitahu abang yang Nina ada buat check up di hospital untuk tujuan insurans dan terbukti Nina ada masalah untuk mengandung. Nina menangis macam orang hilang akal dan abang pun turut menangis.

Abang rasa celaru sebab orang yang abang cinta tak dapat mengandung, tak dapat melahirkan zuriat abang. Tapi abang janji dengan Nina yang abang tak kisah pun keadaan Nina macam mana janji abang boleh bersama Nina sampai akhir masa.

-2012

Hubungan abang dengan Nina berantakan sebab abang kantoi bermain cinta dengan budak praktikal dekat company abang. Abang dah bergaji lima angka, abang dah selesa jadi abang rasa abang hebat dan bagus.

Abang lupa abang ni masih suami Nina. Abang buta. Abang tak nampak kecantikan Nina, Nina yang putih bersih, Nina yang berambut perang, Nina yang sedap dipeluk, Nina yang pandai, Nina yang rajin masak, Nina yang cakap English macam air, Nina yang manja, Nina yang nakal. Abang terpedaya dengan perempuan muda berumur 22 tahun. Abang jahat.

Nina dapat tahu abang cvrang tak lama lepas abang ada girlfriend baru tu sebab Nina nampak abang tengah beli tiket wayang dengan perempuan tu. Abang peluk perempuan tu depan mata Nina.

Abang rasa macam nak gugur jantung saat Nina nampak aksi abang. Nina tengok abang, Nina angkat ibu jari tunjuk simbol bagus sambil sengih sengih.

Nina relax jalan turun eskalator dekat Sunway Pyramid tu. Abang rasa celaru, tapi abang bodoh jugak. Abang teruskan je tengok movie dengan perempuan tu.

Balik tu abang tengok kain baju abang kena humban luar rumah. Abang minta maaf merayu tapi Nina tak buka pintu. Abang tidur kat atas buaian luar rumah.

Esoknya, Nina keluar dan Nina tanya abang, ‘abang nak kahwin tak dengan perempuan tu? Biar Nina pinangkan.’ Abang peluk Nina abang cakap abang menyesal. Nina tak balas pelukan abang.

Nina cuma minta maaf kerana tak dapat bagi anak untuk abang. Abang menyesal sangat sangat dan abang rasa berdosa. Abang dah sakitkan hati Nina. Nina menangis tak henti henti. Sakit dada abang bila abang teringat balik kisah ni.

-08.10.2013

Hari ini ulangtahun perkahwinan abang dan Nina yang ke – 8 dan ulang tahun kelahiran Nina yang ke – 33. Nina masih Nina yang sama, yang sudi memaafkan kesalahan abang.

Abang dah tinggalkan perempuan tu empat bulan selepas kejadian kantoi tu. Abang slow slow tinggalkan dia. Nina tahu dan Nina bagi kata kata perangsang.

Nina cakap kalau abang serious, baik abang kahwin je tapi kalau abang tak mampu berlaku adil, abang tinggalkan. Nina yang bagi semangat dan nasihat dekat abang hari hari sampai abang ada keberanian untuk tolak cinta perempuan tu.

Abang dan Nina sambut anniversary dekat satu homestay tepi pantai. Pada hari anniversary abang dan Nina sekitar pukul 11 – 5 petang lebih, Nina peluk abang dan cium abang bertubi tubi.

Nina minta ampun dekat abang banyak banyak. Nina manja manja dengan abang. Lepas tu, Nina minta izin pergi mandi tepi pantai. Abang bagi je sebab abang tahu Nina suka main air.

Abang pula just rehat rehat tepi pantai tu. Abang tak sangka itu kali terakhir abang melihat Nina dalam keadaan bernyawa. Nina dijumpai lemas selepas setengah jam Nina mandi pantai. Berat hati nak mengatakan bahawa Nina yang abang sayang dah tak ada..

-2018

Dah 5 tahun Nina pergi. Abang masih disini, sendiri. Menunggu kedatangan Nina. Nina yang manja, Nina yang montel, Nina yang cute, Nina yang suka makan ayam.

Nina, kerajaan kita dah bertukar sekarang, Malaysia menang Sukan Sea 2017, abang dah buat ibadah haji tahun lepas. Banyak abang nak cerita kat Nina ni. Rindunya abang kat Nina, macam tak tertanggung rasanya.

Sampai sekarang abang menduda, kerana abang tak boleh nak move on lagi. Gambar Nina di FB pun abang print semua dan letak dalam album untuk hilangkan rindu abang.

Ya Allah, aku mohon Kau hadiahkan syurga buat bidadariku kerana sesungguhnya isteriku ialah seorang isteri yang sangat taat kepadaku dan dialah seindah indah manusia yang pernah berada di sisiku.

Nina, abang redha dengan pemergian Nina. Andai Nina sudi, datanglah dalam mimpi abang. Dirimu tiada pengganti. I love you, happy anniversary and happy birthday my lovely Nina.