9 perkara pelik berlaku di atas Garisan Khatulistiwa yang ramai tak tahu
Ia juga merupakan salah satu daripada garisan latitud utama berdasarkan hubungan antara putaran Bumi dengan satah orbit yang mengelilingi matahari. 11 negara berada betul-betul pada garisan khatulistiwa, iaitu São Tomé dan Príncipe, Gabon, Republik Congo, Republik Demokratik Congo, Uganda, Kenya, Somalia, Indonesia, Ecuador, Colombia, dan Brazil.
iluminasi.com ingin berkongsi 9 perkara pelik yang berlaku di garisan khatulistiwa.
1. Ecuador
Nama negara ini, Ecuador, diberikan sempena garisan khatulistiwa iaitu “Equator” dalam bahasa Inggeris.
2. Bayang-bayang
Sebanyak 2 kali setahun anda akan mendapati bayang-bayang anda hilang walaupun berada di bawah cahaya matahari, jika anda berdiri di atas garisan khatulistiwa. Ia adalah kerana matahari betul-betul berada di atas kepala anda.
3. Putaran air
Jika anda menggunakan sink di rumah, anda akan dapati air yang terkumpul dalam sink mengalir ke dalam paip, dalam keadaan air tersebut berputar sama ada ikut arah jam atau lawan jam. Jika anda berada di hemisfera selatan, air akan berputar mengikut arah jam dan di hemisfera utara pula, lawan arah jam.
Namun, di Ecuador (betul-betul atas garisan khatulistiwa), air mengalir ke bawah secara langsung tanpa berputar.
4. Jam tak diperlukan
Berada betul-betul atas garisan ini membuatkan anda tidak memerlukan jam tangan. Ini adalah kerana anda boleh menggunakan jam solar daripada cahaya matahari.
5. Mudah sakit
Menurut jurnal oleh American College of Allergy, Asthma and Immunology (ACAAI), risiko menghidapi penyakit asma atau alahan lain berkaitan pernafasan sangat tinggi jika tinggal di atau berhampiran garisan khatulistiwa.
Kajian tersebut mengatakan bahawa mereka yang tinggal berhampiran khatulistiwa berisiko tinggi terhadap sinar ungu -B daripada sinaran matahari. Terdedah terhadap sinaran ini menjejaskan sistem ketahanan diri seseorang dan mudah mengalami alahan.
6. 20% penduduk tinggal di bawah garisan khatulistiwa
Hemisfera utara mempunyai lebih ramai penduduk berbanding hemisfera selatan kerana negara di hemisfera selatan lebih sedikit berbanding negara di hemisfera utara. Hanya 2 daripada 10 negara dalam senarai negara berpopulasi tertinggi di dunia berada di bawah garisan khatulistiwa iaitu Indonesia dan Brazil.
7. Berat badan kurang
Bumi “membonjol” keluar di atas garisan khatulistiwa disebabkan putara bumi, dan juga kecenderungannya untuk kekal di atas garisan lurus ketika bergerak. Disebabkan ini, medan graviti yang tak sekata terhasil.
Jadi, berada di atas garisan khatulistiwa membuatkan anda menjadi lebih ringan! Sesuai untuk mereka yang sukakan berat badan yang rendah. Namun, perbezaannya taklah tinggi, iaitu 0.5% sahaja.
8. Sukar imbangi badan
Ada yang mengatakan ia hanya mitos, namun dikatakan sangat sukar untuk mengimbangi badan anda jika berjalan di atas garisan khatulistiwa ini kerana perbezaan graviti.
9. Waktu siang dan malam yang sama
Di garisan khatulistiwa, waktu siang dan malam adalah sama iaitu 12 jam secara konsisten. Matahari terbit pada pukul 6 pagi dan terbenam pada pukul 6 petang sepanjang tahun.