82 mangsa banjir di tiga PPS di Perak

82 mangsa banjir di tiga PPS di Perak

Seramai 82 mangsa banjir ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat pukul 11 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, mangsa terlibat terdiri daripada 21 buah keluarga yang ditempatkan di PPS di daerah Kinta, Sungai Manik dan Larut.

Menurutnya, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai di Kubu Gajah, di Larut dibuka pada pukul 11 malam semalam untuk menempatkan 55 mangsa dari 15 buah keluarga.

“PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta di sini yang dibuka pada  awal pagi semalam masih menempatkan 21 mangsa daripada buah empat keluarga.

” PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Langkap, pula dibuka pada pukul 11.30 malam semalam yang menempatkan enam mangsa daripada dua buah keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, kata jurucakap tersebut berkata,  PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt, di Taiping yang dibuka pada pukul 10 malam semalam yang menempatkan 29 mangsa daripada lapan buah keluarga, telah ditutup pada pukul 10.30 pagi ini.

“PPS Dewan Orang Ramai Serbaguna Batu Gajah yang dibuka pukul 5 petang semalam yang menempatkan lapan mangsa juga telah ditutup pagi ini.

Sumber: Utusan