80,000 Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming ‘sold out’ dalam masa 3 minit 39 saat, cipta rekod jualan RM1.2 juta terpantas TikTokShop Malaysia

80,000 Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming ‘sold out’ dalam masa 3 minit 39 saat, cipta rekod jualan RM1.2 juta terpantas TikTokShop Malaysia

 

Malam tadi, Khairul Aming yang popular dengan produknya, Sambal Nyet Berapi mula menjual produk terbaru iaitu Dendeng Nyet Berapi menerusi TikTok Live.

Difahamkan, ketika TikTok Live itu, Khairul Aming mengatakan hanya 80 ribu unit Dendeng Nyet Berapi itu yang akan dijual terlebih dahulu.

Namun, apa yang mengejutkan ramai pengguna media sosial adalah 80 ribu unit produk itu telah habis dijual dalam masa tiga minit 39 saat sahaja!

Menerusi X, Khairul Aming juga mengatakan dengan penjualan daging dendeng menerusi TikTokShop Malaysia itu, dia juga telah meraih hasil jualan sebanyak RM1.2 juta yang terpantas di TikTokShop Malaysia!

 

Memang power betul KA ini! 

Selain itu, Khairul Aming juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembeli-pembeli yang telah menyokong produknya selama tiga tahun ini.

Mana yang tak sempat nak beli, boleh try buat daging dendeng yang pernah Khairul Aming kongsikan tahun lepas ketika Ramadan.