8 sebab kenapa anak lelaki bongsu dalam keluarga calon terbaik sebagai suami
Ada beberapa kelebihan yang membuatkan anak lelaki bongsu ini adalah calon suami terbaik untuk wanita.
Jom kita lihat antara karakter-karakter mereka:
1. Berani cuba sesuatu yang baru
Anak lelaki bongsu seorang yang suka explore tentang sesuatu perkara atau tempat-tempat yang baru. Dia suka mencabar dirinya untuk melakukan perkara yang dia tidak pernah buat.
2. Mudah bergaul
Disebabkan dikelilingi kakak atau abang di dalam keluarga, mereka lebih pandai membawa diri sewaktu berada di luar dan mudah bergaul dengan orang lain.
3. Matang dan pandai berdikari
Walaupun nampak macam budak-budak, tapi anak bongsu lelaki ni seorang yang berdiri. Kalau duduk seorang diri di rumah, tahulah mereka nak buat kerja sendiri seperti memasak tau mengemas rumah.
4. Bijak merancang masa hadapan
Oleh kerana sikap teliti yang ada pada anak bongsu lelaki ini, jadi mereka selalunya sudah mempunyai perancangan masa depan mereka dari segi kehidupan dan kewangan.
5. Optimis
Biasanya, siapa saja yang berkawan dengan anak bongsu lelaki ini akan jadi lebih positif dan bersemangat. Sifat itu dipengaruhi oleh cara dia dibesarkan kerana mendapat perhatian sepenuhnya daripada keluarga.
6. Happy go lucky
Ceria dan suka ketawa. Tak kisahlah waktu ada masalah atau tidak, mereka pandai menyembunyikan perasaan dan sentiasa nampak happy.
7. Hormat orang tua
Bukan saja dididik oleh kedua ibu bapa, malah kakak serta abang mereka juga sering kali mengingatkan mereka untuk sentiasa menghormati orang lain, terutamanya yang lebih tua. Jadi bila berjumpa dengan orang tua, mereka memang akan mudah disenangi.
8. Romantik
Jangan tak tahu, anak bongsi lelaki ni juga seorang yang romantik. Sifat manja dan kadang-kadang seperti keanak-anakkan membuat mereka lebih bersifat romantis.
Pendek kata, siapa yang mendapat pasangan anak bongsu lelaki ni tak perlu nak risau, sebaliknya anda kena bersyukur kerana mereka mempunyai sikap-sikap yang baik untuk dijadikan calon suami.
Tapi, kami tak cakap la anak sulung atau kedua, dan sebagainya tak baik. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Tepuk dada tanya selera.