77 individu buat laporan polis enggan divaksin

77 individu buat laporan polis enggan divaksin

 

Sebanyak 77 laporan diterima polis daripada individu yang enggan menerima vaksin Covid-19 sehingga 10 November lalu dengan memberi pelbagai alasan termasuk agama dan meragui kandungan suntikan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, ada juga yang memberi alasan bimbang terhadap kesan dan implikasi vaksin tersebut terhadap tubuh atau kesihatan mereka.

“Semua laporan itu kemudian dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rekod dan rujukan.

“Polis hanya menerima laporan yang dibuat individu tersebut dan menyerahkannya kepada KKM, manakala kita pula tidak mengambil tindakan lanjut terhadap mereka,” ujarnya selepas program Erat Kasih Prihatin anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh dan Mercy Malaysia Perak Chapter di IPD Manjung, Seri Manjung.