7 sekeluarga melecur teruk & muka terbakar lepas dapur steamboat meletup, pemilik restoran tampil beri penjelasan

7 sekeluarga melecur teruk & muka terbakar lepas dapur steamboat meletup, pemilik restoran tampil beri penjelasan

 

Tular di platform TikTok mengenai insiden menimpa sebuah keluarga yang melecur dan muka habis terbakar ketika sedang makan di sebuah restoran steamboat yang terletak di Temerloh, Pahang.

Menerusi hantaran tular, insiden berkenaan berlaku pada Ramadan sehingga mengakibatkan sebuah keluarga menanggung sengsara akibat dapur gas di restoran berkenaan meletup secara tiba-tiba.

Maklum pengguna dikenali @fatynanana, mereka sekeluarga terdiri daripada tujuh orang pergi ke restoran berkenaan untuk makan steamboat.

Malangnya, dapur gas memasak steamboat di restoran tersebut meletup sehingga mendatangkan kecederaan seperti muka terbakar kepada mereka sekeluarga.

muka terbakar

muka terbakar

Akibat itu, mereka sekeluarga terpaksa mendapatkan rawatan dan perlu dirujuk kepada pakar pembedahan plastik atas kecederaan yang berlaku.

muka terbakar

muka terbakar

Apa yang membuatkan mereka sekeluarga kecewa adalah pemilik restoran terbabit dikatakan tidak bertanggungjawab atas tragedi yang telah menimpa mereka.

Ceritanya, pemilik restoran tersebut ada mengambil nombor telefon mereka, namun tiada sebarang maklum balas.

“Cakap nak missed call tapi tak call langsung. Kami yang kena contact kedai dan minta nombo owner. 

“Bila call kedai tanya apa update tentang kebakaran yang menimpa keluarga kami. Admin cakap “ini kes tahun lepas kan?” Sedangkan ia baru berlaku,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, mereka juga mendakwa restoran berkenaan tidak mempunyai insurans dan masih aktif mempromosikan perniagaan meskipun sudah mempunyai beberapa kes.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook dikenali Asri Yusof yang dipercayai bapa kepada mangsa mendakwa sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan dilakukan.

“Tak pasti ada laporan kepada pihak berkuasa atau tidak. Pemilik restoran juga tidak melakukan apa-apa tindakan, sekadar membantu kami hanya sekadar membawa keluarga kami ke klinik berdekatan.

“Tiada tindakan susulan tetapi untuk enam orang ahli keluarga tak tahulah nak cakap apa. Bukan luka setompok tetapi hampir keseluruhan muka.

“Kepada pemilik, jangan fikirkan keuntungan semata-mata, Ambil tanggungjawab sebab kami sekarang sedang sakit, terpaksa ambil cuti dan perlu mendapatkan rawatan,” luahnya.

Terbaharu, restoran berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kerana lambat memberi maklum balas mengenai kejadian tersebut.

Jelas pihak restoran, mereka telah pun melawat dan berjumpa serta berbincang dengan mangsa pada 11 Mac lalu di rumah dan 14 Mac di rumah.

Mereka juga telah membuat laporan polis dan pihak bomba bagi menjalankan siasatan ke atas apa yang telah berlaku.