7 cara kenali jenis cendawan beracun, guna yang last sekali jika masih ragu-ragu

7 cara kenali jenis cendawan beracun, guna yang last sekali jika masih ragu-ragu

 

BUKA sahaja pintu belakang rumah, pasti kelihatan beberapa kuntum cendawan liar yang tumbuh sama ada berhampiran busut mahupun di tanah lapang.

Bak kata pepatah ‘cendawan tumbuh selepas hujan’, begitulah keadaan semasa di beberapa kawasan yang lembap ketika ini berikutan hujan pada awal pagi.

Melihatkan cendawan yang tumbuh melata di atas tanah, pasti ramai yang teringin untuk menikmatinya.

Ini kerana tumbuhan spora seperti itu juga kaya dengan khasiat vitamin D dan antioksidan selain mempunyai kadar serat yang tinggi.

Pun begitu tidak semuanya boleh dimakan ya! Ini beberapa tip untuk mengenali cendawan beracun yang dikongsikan oleh Nazaria Fesbuk.

Air rebusan menjadi lebih pekat dan likat.

1) Ada ring atau cincin pada batang cendawan.

2) Apabila kita garu-garu dengan kuku, bahagian atas cendawan bertukar warna secara ketara, contoh dari putih menjadi oren atau merah.

Jika warna jadi merah atau oren, terus basuh tangan ya!

3) Kita gali ke dalam tanah hingga ke pangkal cendawan tersebut.

Jenis yang beracun akan kelihatan seperti stokin atau sarung pada pangkal.

4) Hidu cendawan terlebih dahulu. Apabila kita beli cendawan di pasar-pasar, cubalah hidu baunya pasti berbeza dengan cendawan beracun.

Bau cendawan yang boleh dimakan agak menyenangkan dan tidak busuk manakala cendawan beracun baunya tenggit serta tidak menarik.

Tapi awas ya, jangan sedut terlampau kuat kerana dibimbangi spora beracun masuk ke saluran pernafasan.

Warna terang antara yang dikaitkan dengan cendawan beracun.

5) Warna payung bahagian atas adalah terang.

Kebanyakan berwarna merah, oren, kuning tetapi terdapat juga cendawan yang berwarna cerah dan pucat mengandungi racun.

6) Tempat tumbuh cendawan. Kebiasaannya, cendawan yang tumbuh di atas tanah adalah jenis beracun kerana kawasan tersebut mungkin bekas tempat najis haiwan.

7) Cuba rebus cendawan tersebut terlebih dahulu jika masih ragu-ragu. Air rebusan cendawan yang beracun akan bertukar warna dengan agak drastik atau lebih pekat berbanding cendawan yang tidak beracun.

Bagaimanapun, bukan semua cendawan yang dimasak boleh dimakan seperti tanggapan sesetengah pihak seperti dikongsikan Pusat Racun Negara.

Hakikatnya, bukan semua toksin cendawan beracun boleh dinyahaktif atau dimusnahkan dengan kaedah pemanasan.

Sebagai contoh amatoksin, ia merupakan sejenis toksin dalam cendawan yang stabil haba dan boleh meresap ke sistem aliran darah dalam jangkamasa seawal 90 minit selepas seseorang itu memakan cendawan yang mengandungi toksin.