5G: Hanya 2 syarikat setuju miliki pegangan dalam DNB setakat ini

5G: Hanya 2 syarikat setuju miliki pegangan dalam DNB setakat ini

 

Pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB) selaku penyedia infrastruktur 5G sudah ditawarkan pada syarikat telekomunikasi sehingga 70%.

Hal ini diumumkan Kerajaan tempoh hari selepas syarikat-syarikat tersebut membantah DNB sebagai pemborong tunggal.

Annuar Musa berkata setakat ini hanya dua penyedia perkhidmatan sudah bersetuju untuk mengambil alih pegangan iaitu YTL Communication (YES) dan Telekom Malaysia (unifi).

Seperti kita ketahui, hanya YES sahaja menawarkan perkhidmatan 5G di Malaysia hingga hari ini selepas unifi menundakan pelancarannya.

Syarikat telekomunikasi yang masih tidak memiliki pegangan mereka dalam DNB sehingga tarikh akhir 30 Jun akan ‘ditinggalkan’ demi memberi fokus pelaksanaannya pula, jelas Menteri K-KOM.

Justeru, lebih ramai pelanggan YES dan unifi kelak akan dapat menikmati 5G selepas Hari Raya kelak, kata beliau dalam majlis berbuka di Rumah Prihatin semalam.