5 tips berguna sebelum pulang beraya ke kampung

5 tips berguna sebelum pulang beraya ke kampung

 

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan. Sudah tentu ramai yang merancang untuk pulang ke kampung sempena hari pertama berpuasa.

Jadi, daripada anda runsing untuk meninggalkan rumah, berikut adalah 5 tips berguna untuk melancarkan lagi perjalanan pulang anda ke kampung!

1. Simpan barangan berharga dengan kemas dan tersorok

Pastikan sebarang barang berharga seperti emas, gajet mahupun apa sahaja yang berharga bagi anda disimpan di dalam peti keselamatan atau di suatu tempat yang tersorok.

2. Cabut Penutup Kepala Tong Gas & Matikan Punca Kuasa Elektrik Utama

Salah satu cara berkesan untuk elak rumah dari terbakar adalah dengan menanggalkan kepala tong gas dan juga tutup punca kuasa elektrik!

3. Kunci rumah & sebarang akses keluar masuk dengan kemas

Rancang perjalanan anda supaya tidak kelam kabut pada waktunya. Pastikan anda mengunci segala pintu yang boleh diakses dari luar dan juga tingkap dengan kemas.

4. Maklumkan Kepada Jiran/Pihak Polis

Nampak remeh, namun bertapa pentingnya kita memaklumkan kepada jiran mahupun pihak polis ketika kita hendak pulang ke kampung.

Sepanjang ketidakberadaan kita, jiran dan pihak polis boleh memantau jika sebarang insiden yang mencurigakan berlaku.

5. Periksa Kereta Anda

Antara faktor yang paling penting demi memastikan perjalanan pulang ke kampung anda berjalan lancar adalah dengan memastikan kereta anda berada dalam kondisi terbaik dan selamat untuk menempuh perjalanan yang panjang.