“5 kali anniversary 5 kali suami kantoi dgn perempuan, kali ni aku tunjuk bukti pada mentua, baru nak bagitau family sendiri, mama pula mengadu abah ada skandal mak janda”

“5 kali anniversary 5 kali suami kantoi dgn perempuan, kali ni aku tunjuk bukti pada mentua, baru nak bagitau family sendiri, mama pula mengadu abah ada skandal mak janda”

 

Aku Zati. Belajar tinggi dan suri rumah sepenuh masa. Telah berkahwin selama 5 tahun.

9 tahun perkenalan dan masih tak kenal siapa suami aku. Aku anak bongsu. Bukan angkat bakul, tapi aku memang bijak dari adik beradik lain dari kecil, tapi akulah yang selalu diabai.

Belajar jauh sorang diri bawa diri. Keluarga tak pernah hantar, tak pernah datang apa lagi bertanya khabar. Kirim duit perlu merayu macam minta sedekah dari abah dan kakak².

Tapi aku pandai jaga diri. Aku cari duit sendiri, jadi kuli keluarga kaya. Kehulu kehilir macam bibik.

Tolong lipat baju, tolong jaga anak, kadang² tolong masak. Ada juga pernah tolong jadi bodyguard anak perempuan dia clubbing. Dunia alim aku masuk, dunia hitam pun aku pernah masuk.

Bukan buka aib, tapi aku lebih selesa hidup sederhana. Masih ingat tuhan, tapi aku juga manusia yg ada masa suka muzik bingit. Hidup aku macam drama petang².

Tapi ini lah yang aku hadap. Tahun akhir duduk tempat orang nak berjalan tak ada kereta. Dari sini kenal suami.

Dia buat servis sewa kereta. Awal² aku tak suka. Bukan aku je yang dia cuba tackle.

Kawan aku pun dia tackle. Kantoi masa dating, aku datang bulan, dia minta aku jaga beg dia nak solat. Tapi aku bodoh, percaya dia akan berubah.

Gaduh kawan, gaduh kawan, last aku dah penat kalau serius pergi jumpa abah. Dia datang beraya bawa umi abah dia. Aku dapat vibe yang umi dia tak suka aku.

Tapi aku diamkan. Tup tap tup tap. Hati dan otak aku kosong.

Follow the flow, kami nikah. Semua bermula dari awal bincang duit hantaran. Abah mama tak minta tinggi pun, standard 15K.

Tapi abah suami minta 8K, mama last bagitau 10K. Terasa macam diri ni kena jual haha. Dan semua pun setuju.

10K tu juga aku guna untuk majlis. Mama abah tak keluar duit 1sen pun. Mana yg yang ada semampu, segitu je lah.

Tapi aku bangga dengan diri aku sebab masih dapat atur semua sorang² dan majlis nampak mahal. Sedih juga, waktu akak², aku lah ketua rewang, aku lah paling sibuk. Tapi bila waktu aku, semua senyap, alasan ada anak, alasan mengandung.

Sebenarnya dari beberapa hari sebelum nikah kami bergaduh, aku minta untuk hentikan tapi suami tetap nak teruskan. Teruskan majlis akad. Ikut suami dan bermulalah dunia dalam sangkar aku.

Aku garad mama abah tak datang. Bertemankan suami tapi tak ada gambar tak ada bunga dan selepas bergaduh besar juga. Nasib duit baki simpanan aku bayar kos convo package gambar.

Dan gambar dari lecture aku yang seronok tengok aku grad. Ye, aku pelajar cemerlang kesayangan lecture tapi bukan dekan. Balik convo masih bergaduh dengan suami.

Aku sejukkan hati makan kfc sorang diri. Minta kerja sana sini kena palau sebab nak ‘anak negeri’. Aku sambung belajar lagi.

Grad lagi dengan suami. Dan makan kfc lagi sorang diri. Minta kerja lagi, lulus ujian, datang temuduga 4x dan masih gagal atas alasan sama, bukan ‘anak negeri’.

Dapat petronas, aku bodoh pergi reject sebab tak nak pjj dengan suami. Dapat kerja biasa pulak, suami perlekeh cakap leceh buat penat. Aku termakan kata² suami.

Diam dan menganggur. Hari aku tulis cerita ni, kami baru balik mahkamah syariah siang tadi dan mata aku masih bengkak. Maaf kalau cerita agak berterabur.

Aku cuma cuba cari helah nak kawal marah dan sedih aku dengan menaip. Setelah berbulan aku pujuk suami ke mahkamah, baru tadi dia setuju untuk pergi. Lepas aku jumpa txt kotor dia dengan kawan lama dia masa study.

Sebelum ni aku pergi sorang diri. Mama abah dan keluarga aku tak tahu. Aku kira diorang tak nak ambil tahu atau diorang ingat aku baik² bernafas.

Sebab aku tak pernah tunjuk aku ada masalah. Walaupun aku tak bekerja, tiap bulan makanan asas rumah mama abah aku hantar dengan foodpanda. Diorang ingat aku bekerja, berduit.

Pernah juga abah minta belikan kereta sebab aku nampak mewah. Tapi aku diamkan. Whatsapp kami hanya berbalas terima kasih tanpa tanya keadaan aku.

Yang tahu tentang rumah tangga aku, keluarga suami. Aku minta maaf jika cerita cerita seterusnya agak liar. Bukan membuka aib.

Tapi aku cuma cari kekuatan berjuang sendiri dan mencari mana lagi silap aku untuk aku terima kenyataan semua ni aku lah yang salah.

Sebab dari kecil aku sentiasa jadi pesalah, dan orang lain semua cukup sempurna dekat mata keluarga walaupun aku tahu hakikat sebenarnya apa. Selepas nikah majlis belah aku, kami masih canggung.

Aku cakap sabar, tunggu nanti dekat rumah sendiri. Sambung seminggu depan majlis belah suami pula. Kat sini aku dah nampakkan sisi buruk aku depan umi abah.

Aku mengamuk dalam bilik lepas jumpa message lucah suami dengan perempuan sehari sebelum kami nikah. Dia tau esoknya suami nak akad, dan suami siap berjanji walaupun dah nikah, diorang masih boleh teruskan text kotor.

Tak cukup situ, jumpa lagi message perempuan baru bersalin minta suami beri nama untuk anak dia.

Beritahu aku, logik akal mana yg boleh pakai walau kawan rapat sekalipun untuk minta bagi nama untuk anak kita selain suami dan keluarga sendiri?

Belum cukup lagi, aku jumpa bukti yang dia dan suami juga pernah berhubungan. Aku bukan aisyah, bukan fatimah, apa lagi khadijah.

Aku zati. Gunung berapi mana yang tak meletup lepas jumpa semua benda yang tak sepatutnya terjadi. Sakit aku dapat, malu dengan keluarga suami pun aku dapat.

Dunia aku gelap. Balik rumah suami. Suami menyewa seorang diri dari bujang.

Rumah kecil 2 bilik 1 tandas. Aku tak berkira tentang size rumah. Yang aku terkejut, suami yang aku ingatkan pembersih dan kemas diluar, tapi rumah bersepah.

Hanya ada tilam atas lantai dalam bilik, 1 almari 1 meja kopi. Ruang tamu kosong jadi tempat pembuangan sampah botol air mineral kosong. Penuh lantai botol bertaburan menimbun sarang tikus.

Lantai tebal berdebu hitam tak pernah mop. Tandas berlumut. Lain² aku sanggup kemas.

Tandas memang aku muntah. Sebab segan dengan aku. Suami terus cuci tandas.

Alas tilam lusuh, bau hapak bilik. Sungguh aku tak sangka macamni rupanya sarang suami aku. 2tahun kawin, suami tak bagi nafkah duit.

Aku diam. Pada dia makan sekali sehari cukup. Tak nak aku gemuk.

Ada hadiah kawin, periuk nasi. Tu lah tempat aku masak lauk, situ juga masak nasi. Macam zaman belajar.

Ye aku bertahan sebab termakan cakap orang awal kahwin hidup susah. Walaupun gaji suami aku bukan kategori kecil. Aku percaya yang dia kata banyak komitmen.

Dia telus bentang slip gaji dan semua yang dia kena bayar. Aku tak ambil peduli, sebab sayang aku jadi buta. Mana silap entah dia masih boleh bazir tanggung orang lain juga.

Tak bekerja, duduk rumah. Aku buka komputer suami. Jumpa lagi yang tak sepatutnya aku jumpa.

Rupanya dulu ada perempuan dalam rumah ni. Kemas barang² suami, jumpa 1 beg baju perempuan. Suami cakap baju adik dia.

Aku tak bodoh. Buat apa adik dia nak pakai baju sexy dan tinggalkan bag dekat rumah abang dia. Adik dia bukan berpakaian macamtu.

Aku buang bag tu. Jumpa alat mainan s*ks. Aku buang semua.

Tiga empat bulan kahwin, pada aku biasalah orang tua nak datang rumah. Mama abah bagitau nak datang rumah aku. Aku beritahu suami, teruk aku kena maki.

Suami cakap keluarga aku tak faham keadaan baru kawin sibuk nak datang rumah. Aku buat helah. Sampai sekarang dah pindah rumah baru pun mama abah tak pernah jejak rumah aku.

Nak jadi cerita, Allah tu ada. Tak lama bulan depannya, umi abah bagitau nak datang. Waktu tu baru dia sibuk suruh aku cari langsir, karpet, almari, bantal² dan tilam.

Terasa? Mesti terasa. Tapi aku sambut keluarga mertua dengan baik.

Aku ketawa. Anak² buah suami pun manja dengan aku. Naik kereta nak duduk dengan aunty zati.

Aku happy walaupun hakikatmya sakit. Kembali aku sorang diri dalam sangkar aku. Aku dilahirkan dengan instinct yang kuat.

Selain peka telinga tapi mata yang tak tahan cahaya, rabun silau. Rumah apartment tingkat 3 je. Aku boleh dengar kereta suami aku balik kerja.

Tapi lama baru dia sampai depan rumah. Benda berlarut sebulan dua. Terjumpa lagi teks kotor suami dengan jiran rumah bawah.

Aku dah perasan lama perempuan tu selalu jeling aku tanpa sebab bila bertembung dekat tangga masa aku balik dari pasar. Sesuatu tak kena. Instinct aku betul.

Suami masuk rumah bawah dulu baru balik. Aku sakit lagi. Mengamuk lagi.

Perempuan tu pindah rumah. Kebetulan tuan rumah masa tu nak naikkan harga tapi suami tak setuju, kami keluar, pindah apartment lain. Kali ni rumah atas pula perempuan² cantik.

Parking sebelah kereta suami. Mungkin dia selalu dengar aku memetir, dia pun tak termakan cubaan suami. 3bilik 2bilik air.

Pernah suami nak sewakan bilik tu tapi nak penyewa perempuan. Aku tak setuju. Kantoi rupanya perempuan dia tengah cari bilik.

Sakit kan. Haha. Suami pura² tunjuk dekat keluarga bawa isteri bercuti.

Hakikatnya, sampai bilik main mobile legend. Nampak bini tidur, video call lucah sana sini. Pernah dia buat² nak demam, cakap nak terus tidur.

Pura² tidur, aku pun tidur. Nak jadi cerita jam 3 pagi aku terjaga dia tak ada kat sebelah. Balik, bagi alasan member panggil tengok bola.

Minta tunjuk message member, takde. Minta tunjuk call log member takde. Dia pergi bilik lain, aku tau tu.

Entah dia angkut perempuan tu jalan² sebab sebelum sampai hotel beriya dia singgah cuci kereta luar dalam. Raya nak balik kampung nenek dia, nak jadi cerita sebelum balik aku nak tengok tiket kapal dekat hp dia. Tup, perempuan dia message minta duit.

Aku sendiri nak dapat duit punya susah. Dah bising dari situ baru dia nak bagi duit bulanan. Tapi tak tiap bulan.

Ada dia bagi lebih, ada bulan dia tak bagi. Dekat rumah nenek, tengah malam tak masuk bilik. Aku tidur sorang.

Esoknya pakcik dia tegur aku kenapa tak panggil suami tidur. Aik, aku pula yang kena tegur. Tup aku check hp jumpa lagi.

Aku kawal diri, depan sedara depan nenek aku ketawa tapi kelat. Balik rumah mama abah, dia sentiasa demam. Berkurung dalam bilik tak borak dengan keluarga.

Aku segan kena tegur kakak² suami antisosial. Jadi aku kurangkan hari balik rumah mama abah. Aku dah niat nak cerita semua ni dekat abah mama.

Tapi satu tamparan hebat lagi aku kena selesaikan. Mama mengadu yang abah ada perempuan lain. Aku anak bongsu, panggil abah ngeteh pagi berdua confront abah.

Abah mengaku salah. Nak jadi cerita, time tu makcik janda tu call abah depan aku. Hp abah aku jawab.

Aku selesaikan. Dua² berjanji nak sama² block. Sama² dah tua dan sama² malu dengan aku.

Aku anggap case closed. Tapi aku belum bercakap tentang aku. Aku cuma bagi bayangan dekat mama.

Aku cakap yang aku dah penat jaga suami asyik demam. Mama seboleh² pujuk aku bertahan. Aku diam sebab tak sampai hati nak cerita hal sebenar aku dalam keadaan mama pun masih cuba nak berbaik dengan abah.

Pergi rumah mentua, aku cerita semua. Umi abah terdiam. Abah memihak aku.

Tapi umi memihak suami. Aku tak salahkan umi sebab tu anak dia dan aku memang dah sedia dengan apa pun riaksi umi. Umi tuduh aku fitnah anak dia.

Kali ni aku tunjuk bukti yang aku simpan. Umi terdiam. Aku balik seorang diri rumah suami yang aku tak rasa lagi selamat.

Suami biarkan aku balik tanpa pujuk. Kali ni semua perangai dia dah terbongkar penuh dan dia tak dapat nak berlakon lagi depan keluarga dia. Pernah suami balik bawa pelbagai jenis yogurt yang susah nak jumpa.

Aku minum tapi bukan penggemar. Suami borong banyak dan paksa aku habiskan. Dicakap tak bersyukur bazir makanan.

Rupanya dia nak tackle perempuan jual yogurt. Kantoi masa kami keluar bercuti, satu nombor call. Aku minta suami loudspeaker, suara perempuan.

Mula lagi auta suami cakap tu sepupu bini kawan dia. Pernah salah sorang janda yang dia langgan, rupanya sepupu kawan aku. Kawan bagitau nampak suami jalan dengan sepupu dia dan balik rumah.

Aku check hp suami, jumpa txt dia. Kawan kenal muka suami dan kereta suami sebab aku selalu post yg indah² dengan suami. Aku agak ramai yang kenal dalam sosial media dan views story aku beratus².

Dunia ni kecil je. Suami salahkan kawan aku. Dia cakap yang kawan aku sibuk hal orang.

Orang luar jeles dengan kehidupan aku, kawan aku punca rumah tangga bergaduh. Suami ingat aku bodoh, nak sugarcoat aku. Aku layankan.

Tinder, omi, michat, litmatch, telegram, mobile legend, boost. Semua ni chanel suami sorok dari aku. Tapi sekarang tak lagi.

Dari sini juga bukti transaksi duit, text, video, gambar semuanya yang aku dah tengok. Perempuan tu semua ada yang aku jumpa ada yang aku pula kena marah balik.

Ada tuduh aku tak pandai jaga suami, suami yang cari dia, patut bersyukur suami tak jandakan aku, mengaku hanya kawan untuk seronok sahaja dan banyak lagi.

Tak lama lagi aku juga akan bebas. Cukup lah 5 tahun hidup dengan suami narcissist dan manipulatif. Kantoi, ugut cerai, tup dia transfer duit.

Kantoi, ugut cerai, tup dia penuhkan barang rumah mesin dryer, steam iron, aircond. Kantoi, ugut cerai, tup belikan treadmill. Kantoi, ugut cerai, tup dia belikan phone baru.

Aku tak ambil phone tu. Hp sekarang hantaran 5 tahun lepas masih elok aku jaga. Kalau pisah esok, aku tak nak tuntut hak sepencarian, barang² rumah yang dia cakap hadiah aku ni pun semua aku tak nak.

Aku nak hidup hati tenang je. Aku nak bahagia. Sakit hidup rasa sentiasa salah, sentiasa tak cukup, kemurungan, depressed, migraine semua pun ada.

Lima tahun kahwin aku tak capai pun kriteria suami. Aku tak cerah, rambut tetap keras asyik salah pergi salon, terlebih tinggi, sedangkan suami suka perempuan pendek, bmi aku normal dengan tinggi aku. Kawan² aku cakap aku kurus.

Aku pun tahu aku bukan gemuk. Tapi suami selalu cakap aku gemuk. Aku tak manja, sebab hati aku dah keras.

Aku pernah dituduh cancer payudara sebab payudara kecil. Aku pergi scan alhamdulillah sihat. Aku terlalu menuntut rumah yang kemas, sedangkan suami suka bersepah dan tinggal.

Makan tak dibasuh. Pernah aku biarkan rumah busuk, tak sapu tak mop, tak memasak. Tapi aku yang tak tahan.

Aku masak sebab aku lapar hampir gastrik terus naik migraine. Sakit, aku beli ubat sendiri. Suami akan cakap, dia dah bagi duit kan.

Rumah berhabuk suami demam resdung semua keluar. Semua yang pada aku ni buruk dimata suami. Dan apa aku siapkan dalam rumah selama ni bukan ini yang dia tuntut dari isteri.

5 tahun kahwin kami tak pernah bersama. Ye aku tahu salah. Aku berdosa.

Aku cuma lindungi diri aku dari penyakit yang aku tak nak. Aku tahu berdosa pandai² jatuh hukum yang tak tahu. Tapi suami sendiri tak nak check kesihatan, yakinkan aku.

Aku tahu berdosa dan sebab tu aku ke mahkamah. Aku dah tak bernafsu lepas tengok gambar dan video suami. Mungkin betul aku tak pandai jaga suami sebab tu suami cari perempuan lain.

Dia juga tak bernafsu dekat aku lepas apa semua dah jadi. Bukan aku tak pakai sexy tiap hari dekat rumah. Fizikal aku juga yang kena hina.

Aku diamkan. Birthday, anniversary semua aku yang beriya cari kek hias rumah, surprise dekat office lain lagi. Tapi suami acuh tak acuh, text tuntut hadiah dari perempuan lain.

Kantoi juga. Bukan sekali dua 5x anniversary 5x kantoi. Haha bodohnya aku.

Masih bertahan 5 tahun? Sebab dia suka kawan² puji dialah suami terbaik balik awal jaga bini. Tapi tak sampai rumah awal pun.

Ada tempat dia singgah dengan alasan kerja office banyak. Dia suka tunjuk kawan² bini dia kemas terjaga sebab kahwin dengan dia. Dia bangga cerita dekat kawan² bini suri rumah semua serba serbi dia bayar.

Dia rasa terjaga pergi kerja baju siap gosok, balik makanan siap masak terhidang. Hakikatnya tak semua betul. Barang rumah aku selalu topup sendiri.

Tayar pecah, aku dahulukan duit aku yang dia cakap duit tu pun punca dari dia juga. Aku ok. Aku diam.

5 tahun aku cari kekuatan untuk keluar dari sangkar ni. 5 tahun bukan sekejap. Dan tak pernah cukup pun untuk heal luka dan trauma aku.

Panjang. Belum lagi cerita aku nampak kelibat hitam dalam rumah, aku pergi berubat dan ustaz cakap ada sihir pemisah. Belum lagi drama kakak² aku yang buat aku malu.

Banyak lagi yang belum habis cerita dekat sini. Sedar tak sedar dah sejam aku menaip panjang. Aku hanya ingin meluah, melepaskan semua yang terbuku.

Aku berjuang seorang diri jauh dari keluarga. Aku tak sempurna dan aku tahu mana salah aku, dan aku hanya nak perbetulkan kehidupan aku. Aku bukan muda lagi.

Esok lepas pisah aku berdirkari sendiri bersaing dengan yang muda² sangat susah. Tapi aku yakin Allah sentiasa bagi aku kekuatan. Doakan aku.

Sekarang masih menunggu panggilan giliran kaunseling. Paling laju proses ni semua 6 bulan. Fast trek laju lagi, tapi suami tak nak lepaskan aku dan dia tadi pun tak mengaku yang semua dia buat ni salah.

Aku yang salah sebab aku tak bagi. Aku yang berdosa. Aku sedar diri.

Dia sorok sijil nikah kami. Yang ada sijil sementara yang photostat tapi mahkamah sini tak terima. Aku akan cuba minta jbtn agama tempat aku daftar untuk pos sijil baru.

Kalau fasakh pula, aku kena bagi bukti² aib ni semua naik mahkamah. Ni jalan terakhir aku kalau dia masih tak nak lepaskan aku. Aku dah habis study apa nak buat, apa akan jadi.

5 tahun aku cari kekuatan. Aku merancang, tapi Allah dah tentukan perancangan hidup aku. Doakan aku ye.

Aku sorang² kat sini. Semoga doa yang baik berbalik untuk korang semua juga. Aamiin.

– Zati (Bukan nama sebenar) via IIUMC