5 jenama air mineral paling mahal di dunia, ada yang cecah puluhan ribu per liter

5 jenama air mineral paling mahal di dunia, ada yang cecah puluhan ribu per liter

 

Setiap orang dewasa disarankan untuk minum lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh kekal hidrat dan sihat, terutamanya ketika menjalankan aktiviti harian.

Apatah lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas terik, minuman seperti air mineral menjadi keperluan penting untuk menyegarkan tekak dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Air mineral pula boleh didapati dengan mudah di pelbagai kedai dan premis perniagaan, dan kebiasaannya, harganya sangat berpatutan serta mampu milik.

Tetapi, pernah tak korang terfikir, ada atau tidak air mineral dengan harga kayangan?

Bagaimana agaknya rasa air mineral yang bernilai puluhan ribu ringgit? Adakah rasanya sama seperti air mineral biasa?

Jawapannya, sudah tentulah ada. Malah, harga air mineral ‘eksklusif’ ini boleh mencecah hingga puluhan ribu ringgit bagi setiap liter.

5 air mineral termahal di dunia

1. Svalbardi

Mungkin ramai yang masih belum mengetahui air mineral Svalbardi merupakan air mineral termahal di dunia.

Air mineral Svalbardi merupakan air botol keluaran Norway yang bersumberkan air dari gunung ais di Artik.

Uniknya, air ini mempunyai kandungan mineral yang rendah dan tulen. Jadi, jangan terkejut bila harga untuk seliter botol air ini mencecah RM52,853 ($12570).

Bagaimanapun, laman web rasmi syarikat itu telah mengumumkan penutupan kekal Svalbardi (tidak dikeluarkan lagi).

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Svalbardi merupakan air mineral termahal di dunia.

Dihasilkan di Norway, air ini bersumberkan air dari gunung ais di Artik.

Dengan kandungan mineral yang sangat rendah dan airnya yang sangat tulen, harga untuk sebotol air Svalbardi mencecah RM52,853 (USD12,570) seliter.

Bagaimanapun, laman web rasmi syarikat itu telah mengumumkan penutupan kekal Svalbardi (tidak dikeluarkan lagi).

2. Filicio

Fillico adalah jenama air premium dari Jepun yang berharga sekitar RM24,700 (USD5,890) seliter.

Air ini diambil dari mata air semula jadi di Pergunungan Rokko, Jepun.

Produk paling mewah jenama ini ialah Fillico Black King, yang dibotolkan dalam botol kaca elegan.

Istimewanya lagi, penutup botolnya berbentuk seperti mahkota dan dihiasi dengan sayap malaikat dengan kristal Swarovski serta mutiara pada badan botol.

3. Bling H2O

Bling H2O (Clear Blue) merupakan air premium yang diproses secara mikro dan dirawat dengan ozon serta sinaran ultraungu.

Ia adalah sebuah jenama air dari negeri Tennessee, Amerika Syarikat, bernilai kira-kira RM10,595 ($2520) seliter.

Diperagakan dalam bentuk botol kaca mewah berwarna biru, ia dihiasi dengan kristal Swarovski.

4. Nevas

Beralih ke Jerman, air Nevas merupakan sebuah produk air yang berkolaborasi dengan barang kemas antarabangsa, Aporro.

Botol minuman ini cukup mewah kerana ia disaluti emas mahal termasuk dihiasi dengan batu zirkonia putih.

Difahamkan, air ini dihasilkan daripada mata air. Jadi, tidak hairanlah mengapa harganya mencapai RM3,447 ($820) seliter.

5. Kona Nigari

Menduduki tangga ke-5 air mineral termahal dunia adalah air Kona Nigari yang diekstrak daripada air laut dalam di Hawaii.

Berbeza dengan air laut yang mempunyai rasa masin, Kona Nigari adalah air laut yang telah dinyahgaram.

Air ini popular kerana difahamkan ia dapat membantu dari segi kesihatan antaranya hidrasi, menurunkan berat badan dan mengembalikan tenaga.

Harga seliter Kona Nigari adalah RM2,2523 ($536).