5 fakta mengapa tembikai boleh muncul jadi simbol penentangan di Pale.stin

5 fakta mengapa tembikai boleh muncul jadi simbol penentangan di Pale.stin

 

Mungkin ada yang belum tahu, buah yang semakin masak semakin banyak vitamin dan nutrien yang terkandung di dalamnya juga adalah simbol perjuangan Palestin.

Tembikai merah sebenarnya diangkat sebagai lambang perlawanan rakyat di pertengahan negara-negara Arab itu terhadap pengganas Israel laknatullah.

Selain pokok zaitun yang disebut dalam al-Quran dan melambangkan bumi Palestin iaitu sebahagian daripada wilayah besar Syam, tembikai juga ditanam meluas di tanah berkat di sana.

Ini 5 fakta mengapa tembikai boleh muncul jadi simbol penentangan di Palestin:

1. Buah yang ditanam secara meluas di Palestin, dari Tebing Barat ke Gaza, dan menonjol digunakan dalam masakan Palestin.

Palestin sebagai wilayah yang telah diturunkan semua agama samawi juga tempat berlakunya peristiwa Israk Mikraj sememangnya bumi yang berkat.

Tanamlah apa sahaja, Insya-Allah akan membuahkan hasil yang terbaik termasuklah tembikai.

2. Potongan buah tembikai menampilkan kesemua empat komponen warna bendera Palestin iaitu merah, hijau, putih dan hitam.

Tembikai merah yang kaya dengan segala kebaikan nutrien seperti likopenia, beta karotena, vitamin C, vitamin A, serat dan antioksidan juga lambang rakyat Palestin yang baik dan tabah menuntut kemerdekaan daripada penjajahan Israel.

3. Selepas perang Arab-Israel 1967, Israel yang menduduki Tebing Barat dan Gaza melarang kibaran bendera Palestin.

Polis Israel sering bertindak tegas terhadap rakyat Palestin yang mengibarkan bendera Palestin kerana mendakwa itu bole “mengganggu keamanan”.

Tapi, tak boleh kibar bendera, buah tembikai pun boleh jadi lambang tanahair Palestin yang sudah 75 tahun dinafikan Zionis Israel.

4. Digunakan sebagai subjek karya pelukis Palestin, Khaled Hourani pada tahun 2007 untuk projek Subjective Atlas of Palestine.

Karya ini menarik perhatian dunia sekaligus menyerlahkan simbolik tembikai sebagai lambang perjuangan Palestin.

5. Sehiris tembikai jadi emoji mewakili Palestin kerana penggunaan nama negara yang sedang dihapuskan Zionis Israel itu akan ‘dihukum’ di media sosial.

Sebahagian platform media sosial terbukti menyokong penjajahan Israel sekaligus pembunuhan atau genosid di Palestin. Hal ini boleh disemak dalam portal https://bdnaash.com/

Oleh sebab itu, algoritma media sosial terbabit akan ‘membenam’ perkongsian hantaran yang menyebut nama Palestin secara terang-terangan.

Selain menggantikan perkataan biasa kepada ‘Fal3stin’, ‘Yeeser@el’, ‘Ghazza’, ‘H@m@5’, imej sehiris tembikai merah lengkap dengan butiran biji-bijinya boleh mengelirukan ‘tapisan’ internet yang memang sengaja mahu ‘menyembunyikan’ kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin sejak 1948 lagi.