5 cara boleh DIY untuk bagi visor licin tanpa dihalangi air bila ride dalam hujan

5 cara boleh DIY untuk bagi visor licin tanpa dihalangi air bila ride dalam hujan

 

Musim-musim hujan ni memang menguji keimanan nak lagi kalau terlalu lebat sampai kabur visor korang tu ditutupi air hujan!

Jadi, apa yang korang boleh DIY untuk bagi visor korang licin tanpa dihalangi air? Baca artikel ni saaampai habis!

1. Beli Plastic Wax 

Paling basic beli lah sebotol wax plastik. Kena pastikan dia betul-betul pure wax kerana selain tak mencalarkan visor bila digosok, ia juga akan merintang air hujan tau.

Maka, perjalanan korang pun akan lebih selamat bila pandangan korang tak terhalang dengan air hujan.

2. Sapukan Ubat Gigi

Ubat gigi ternyata boleh membantu untuk hilangkan kabus pada visor helmet korang. Caranya mudah, sapu sedikit ubat gigi secara rata pada visor helmet dan lap menggunakan kain jenis mikrofiber. Biarkan sampai kering dan ia boleh digunakan!

3. Lumurkan Pomade

Ada pomade kat rumah? Selain digunakan untuk menggayakan rambut korang tu, korang juga boleh cuba sapukan pada visor helmet korang. Bukan yang gel dan bukan yang cecair tau! Kemudian jangan lupa lap nanti tak pasal-pasal korang tak nampak jalan!

4. Gosokkan Ubi Kentang

Macam aneh tapi benar! Korang boleh ambil sebiji ubi kentang, potong setengah dan sapukan bahagian kentang tu pada visor korang. Bila dah kering, korang lapkan visor korang gunakan kertas surat khabar, tisu ataupun kain microfiber ya!

5. Buka helmet dan berhentilah dibawah jambatan

Bikers Tak Cukup Kental - YouTube

Ini adalah cara yang paling selamat dan menjimatkan kos yang diketahui. Apabila berada dalam situasi hujan yang terlampau lebat, korang perlahankan motosikal korang dan bersedia untuk berhenti di kawasan yang betul-betul selamat dan sesuai untuk berteduh daripada hujan.

Lepas menanggalkan helmet, korang tunggu lah dengan sabar sehingga hujan reda dan keadaan jalan lancar. Sementara itu, kalau ada rokok, jangan lupa untuk berkongsi dengan orang disekeliling korang! Murah rezeki tu nanti.. Hehe gurau je semoga bermanfaat!