Miss Grand Myanmar kecewa dapat tempat ketiga, menangis & tanggalkan ‘crown’ tanda protes
Pertandingan ratu cantik, Miss Grand International di Thailand baru sahaja melabuhkan tirainya pada 26 Oktober lalu dan ia nampaknya berakhir dengan penuh kontroversi apabila pemenang tempat ketiga, Thae Su Nyein dari Myanmar memberikan satu reaksi kurang senang terhadap kedudukannya.
Pada awalnya, wajah gadis belasan tahun itu yang kelihatan begitu tenang dan penuh keyakinan sebelum nama pemenang diumumkan.
Bagimanapun, setelah namanya diumumkan sebagai pemenang di tempat ketiga, reaksinya berubah serta-merta.
Dia dilihat gagal mengawal tangisan sebelum turun dari pentas. Dalam masa yang sama, pihak Pengurusan Myanmar, Htoo Ant Lwin tiba-tiba datang dan mencabut tiara dan kain selimpang gadis itu dengan penuh agresif seolah-olah tanda protes kepada kekalahan mereka.
Berikutan dengan insiden itu, Thae Su Nyein menegaskan bahawa dia tidak sepatutnya berada di tempat ketiga.
Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa dia tiada apa-apa masalah dan mempunyai isu dengan peserta lain (yang menang di tempat kedua & juara).
@grayzonpablovg MISS GRAND MYANMAR – MISS GRAND INTERNATIONAL 2024 2ND RUNNER UP AND HER ND AFTER THE CROWNING OF MISS GRAND INTERNATIONAL 2024 DOES MISS GRAND MYANMAR DESERVES TO BE THE MISS GRAND INTERNATIONAL TITLE HOLDER BASED ON HER SPEECH AND FINAL ANSWER??? -WHY THERES ALWAYS DRAMA??? -BET ATA MAG ACTOR PANAY DRAMA NAKAKAINIS UMAY SAYO! TO HER FELLOWMEN TRY TO STUDY UNIVERSAL LANGUAGE SO THAT YOULL BE ABLE TO UNDERSTAND THE ANSWERS AND SPEECHES OF YOUR CANDIDATES. #missgrandmyanmar #missgrand #mgi #myanmar #drama #foryoupage #fyp #foryou #fypシ #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #trending #trend #trends #fypシ゚viral #viral
Malah, dia juga turut mempertikaikan kredibiliti Presiden Miss Grand International, Nawar Itsaragrisil yang dilabel sebagai tidak telus untuk menilai beberapa aspek kemenangan lain iaitu Best, National Costume, Popular Vote dan Country Of The Year yang dakwanya lebih layak diberikan kepada Myanmar.
“Saya tak nak tempat ketiga. Saya datang untuk menang dan saya yakin saya layak mendapat kedudukan yang lebih tinggi.”
Susulan dengan tindakan Thae Su Nyein dan Htoo Ant Lwin, pihak pengurusan Miss Grand International telah menggugurkan nama peserta itu dari tempat ketiga serta menamatkan kontrak kerjanya.
Mereka juga banned pengurusnya itu buat selama-lamanya kerana menuduh Nawat cuba menjual tiara kemenangan bernilai RM 108,500. Bagaimanapun Nawat menepis dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa dirinya merupakan antara 6 individu terkaya di Thailand.
“Apa yang membuatkan dia begitu delusional? Jika dia mahukan tempat pertama dan mesti kena menang, saya cadangkan dia untuk buat pertandingan sendiri supaya dia boleh memenangi setiap kategori.”
“Orang macam dia tak sepatutnya mengambil bahagian dalam apa-apa persaingan. Dia patut terus kekal dalam khayalan, fantasi dan dunia dia sendiri.”
Miss Grand International telah menobatkan peserta dari India, Rachel Gupta sebagai juara dan peserta dari Filipina, Christine Juliane Opiaza sebagai naib juara.