“Takpe, tak salah berangan” – Graduan lepasan diploma impi gaji RM5,000 undang reaksi netizen

“Takpe, tak salah berangan” – Graduan lepasan diploma impi gaji RM5,000 undang reaksi netizen

 

Perkongsian video tentang jawapan para graduan impi gaji lebih RM3,000 di awal kerjaya selepas ditanya berkenaan gaji yang mereka jangkakan apabila masuk ke dunia pekerjaan telah menuai pelbagai komen daripada netizen.

Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (UMPSA) kebanyakan graduan yang baru sahaja selesai menghadiri konvokesyen menjawab tangga gaji yang sesuai untuk lepasan ijazah adalah RM3,000 ke atas.

Rata-rata jawapan yang diberi adalah lebih kurang RM3,000 untuk gaji permulaan sebagai seorang lepasan universiti yang mempunyai ijazah sarjana muda.

Ada juga yang merasakan layak untuk menerima gaji RM5,000 berdasarkan bidang yang dipelajari, pengalaman serta kemahiran yang diperoleh sepanjang bergelar pelajar di universiti.

Dalam pada itu, beberapa pelajar lepasan diploma dari universiti terbabit juga merasakan mereka layak untuk menerima gaji sekitar RM3,000 hingga ke RM5,000.

@umpsamalaysia

“Selepas konvokesyen, apakah jangkaan gaji graduan UMPSA? Mari kita bincangkan cabaran dan peluang yang ada! Bagaimana pendapat anda tentang nilai sebenar kelayakan kita di pasaran kerja? #GraduanUMPSA #GajiGraduan #Kerjaya #konvoUMPSA #KonvokesyenUMPSA

♬ Positive background music such as play and games(1251730) – earbrojp

Menjengah ke  posting video terbabit, ramai yang telah meninggalkan komen dengan meminta untuk mereka berangan terlebih dahulu sebelum betul-betul memasuki dunia pekerjaan.

Kebanyakan mereka meluahkan hakikat sebenar dengan menyatakan pendapatan selepas memasuki alam pekerjaan yang mana gaji permulaan jauh lebih rendah dari apa yang mereka bayangkan sewaktu bergraduasi.

Walau bagaimanapun, rezeki masing-masing tidak siapa yang tahu. Boleh jadi mereka mampu memdapatkan gaji yang diimpikan pada pekerjaan pertama dengan kemahiran serta ilmu yang mereka dapati sepanjang berada di universiti.