“Fly high Ryan..” – Anak Rita Rudaini terima Anugerah Pengetua MRSM, raih CGPA 3.84

“Fly high Ryan..” – Anak Rita Rudaini terima Anugerah Pengetua MRSM, raih CGPA 3.84

 

Anak Rita Rudaini membanggakan lagi apabila menerima Anugerah Pengetua selepaas meraih CGPA 3.84 menerusi peperiksaan yang diduduki.

Dalam hantaran yang dibuat oleh Rita, anak sulungnya, Airit Rayyan yang kini berada di tingkatan 3 telah mencatatkan keputusan yang membanggakan dengan meraih CGPA 3.842 sehingga melayakkan namanya tercatat dalam senarai Penghargaan Pengetua.

Menerusi kapsyen yang ditinggalkan pelakon terbabit, dia telah meluahkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas kejayaan anaknya yang meraih anugerah berkenaan.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada guru anaknya yang sudi mewakilkan tuan badan mengambil sijil tersebut buat.

“Alhamdulillah. Ryan dapat anugerah pengetua lagi hari ini. Terima kasih HR Ryan mami, Ustazah Norfaiza kerana wakilkan untuk Ryan,“katanya.

Rita juga berharap agar anaknya terus terbang tinggi dan mengecapi lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

“Terus terbang tinggi Airit Rayyan,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang diraih oleh Airit.

Mereka juga berharap agar dia terus membanggakan ibunya dan memberi inspirasi kepada orang lain diatas kecemerlangan dalam bidang sukan dan juga akademik.

Sebelum ini, Rita Rudaini ada berkongsi beberapa kejayaan anak-anaknya, Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna terutamanya dalam bidang sukan.

Penerima Anugerah Ibu Ikon 2024/2025 itu kerap meraih pujian apabila cekal membesarkan anak-anak tanpa kehadiran seorang suami.