30 kru filem terperangkap di Gua Tempurung

Seramai 30 individu terperangkap di kawasan sekitar Gua Tempurung berhampiran Sahom di sini selepas laluan keluar gua itu dinaiki air berikutan hujan lebat.
Difahamkan, mereka yang terperangkap adalah kru penggambaran filem yang sedang menjalankan aktiviti di kawasan terbabit
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, air naik mendadak di laluan keluar gua berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak jam 3 petang.
Katanya, pasukan bomba dimaklumkan berkenaan kejadian sebelum mereka bersama polis bergegas ke lokasi kejadian.
Berita lanjut menyusul