“3 bulan kena ‘freeze’ gaji menggelupur tayang kat rakyat kononnya makan maggi kosong” – Diva AA

“3 bulan kena ‘freeze’ gaji menggelupur tayang kat rakyat kononnya makan maggi kosong” – Diva AA

Baru-baru ini, gambar mempamerkan ahli politik Azmin Ali sedang makan mi segera atau ‘maggi’ kosong menjadi tular di serata laman sosial termasuklah Twitter.

Biarpun gambar tersebut sudah lama, ramai yang memuat naik gambar itu semula dan mengaitkannya dengan situasi terkini di mana gaji para menteri dibekukan selama 3 bulan bagi membiayai perbelanjaan COVID-19.

Menteri tunjuk makan Maggi kosong?

Diva AA pun tayang ‘Maggi’ TAPI penuh lauk..

Tidak ketinggalan juga, adik kepada Azmin Ali iaitu pengacara terkenal Azmin Ali atau Diva AA turut berkongsi video memperlihatkan dirinya sedang makan mi segera namun dengan tambahan aneka lauk.

Ada ayam seketul, ada udang dan macam-macam lagi lah!

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah kata-kata pengacara itu, seakan ‘memerli’ tindakan segelintir ahli politik yang berasa diri berada dalam kesusahan setelah dipotong gaji selama 3 bulan.

“Jangan jadi bangsat2 attention seekers, 3 bulan kena ‘freeze’ gaji menggelupur tayang kat rakyat kononnya makan maggi kosong,” katanya.

Selain itu, video pengacara berusia 55 tahun itu juga dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang turut memaparkan gambar abangnya, Azmin Ali yang sedang makan ‘maggi’.

Jadi, netizen mendakwa video Diva AA itu sebenarnya ditujukan kepada abangnya yang juga merupakan Ketua Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

@aie7448

#fyp #tiktok #fypシ #politiktiktok #politik #politikmalaysia #kerajaangagal #totallockdown #menterilutut

♬ bunyi asal – aie7448 – aie7448

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pengacara yang turut dikenali ramai dengan julukan ‘mulut laser’ terbabit.

Ada juga yang berseloroh mengatakan hanya adik beradik sahaja boleh menegur atau memerli satu sama lain.

Kan dah mendapat

Dia je boleh menganjing abang dia

 

Gaji tinggi banyk duit, tiba2 makan Maggi kosong

 

Potong gaji tapi dapat elaun tau

Maggi pun jadi bahan

Sumber: ohmymedia