Kenapa PCB board mesin basuh jadi cair? Ini jawapannya

Kenapa PCB board mesin basuh jadi cair? Ini jawapannya

 

Mesin basuh merupakan salah satu peralatan elektrik yang wajib ada dan menjadi keperluan penting dalam setiap rumah.

Dengan adanya mesin basuh, kerja mencuci pakaian menjadi jauh lebih mudah berbanding kaedah mencuci secara manual yang memenatkan.

Terdapat pelbagai jenis model dan jenama mesin basuh dijual dalam pasaran. Namun secara asasnya, mesin basuh yang kita kenal sama ada jenis automatik atau separa automatik, front load atau top load.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan kita kurang pengetahuan tentang cara mengendalikan peralatan ini sehinggakan ia cepat rosak meskipun baru dibeli.

Antara kerosakan yang boleh berlaku adalah pada bahagian Programmable Circuit Board (PCB).

Jadi kali ini, dikongsikan kepada anda punca-punca kerosakan pada PCB yang ramai tidak tahu dan cara untuk kita mengelak daripada kerosakan itu berlaku.

Untuk makluman pembaca, penjelasan ini diambil daripada perkongsian di TikTok @hairulvcool.

Secara ringkasnya, PCB merupakan komponen utama mesin basuh yang mengurus dan mengawal pelbagai fungsi mesin basuh.

Menurut perkongsian berkenaan, antara punca PCB menjadi cair adalah disebabkan tabiat tidak mematikan suis selepas mesin basuh digunakan.

Apabila plug tidak ditutup, elektrik akan sentisa berjalan dan dihantar ke bahagian PCB. Lama-kelamaan, PCB akan menjadi panas dan mencair, sekaligus kerosakan boleh berlaku.

Oleh itu, pengguna digalakkan untuk mematikan suis dan boleh juga mencabut kepala plug daripada palam elektrik apabila tidak digunakan.

Selain dapat mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku, ia juga boleh mengurangkan risiko kejadian PCB menjadi panas dan cair.

Menerusi video berdurasi 01:00 minit, @hairulvcool turut berkongsi contoh keadaan PCB yang mengalami kerosakan yang berpunca daripada tabiat tersebut.

@hairulvcool

Kenapa pcb board mesin basuh jadi cair???

♬ bunyi asal – Hairul Vcool – Hairul Vcool

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

“Patutlah mesin basuh saya yang dulu, motherboard terbakar. Cuak sangat masa tu,” komen seorang wargamaya.

“Saya tak tutup suis soket mesin basuh selama 10 tahun. Tahun ke 11, pcb jadi cair. Memang jadi pengajaran buat saya. Lepas minta baiki, saya tutup suis soket,” komen seorang wargamaya.