Nekad mahu bercerai, peguam dedah Diana Danielle minta siap sedia sejak bulan lalu

Nekad mahu bercerai, peguam dedah Diana Danielle minta siap sedia sejak bulan lalu

 

Baru-baru ini, Diana Danielle telah mengumumkan bahawa dia mahu menfailkan cerai untuk kali kedua selepas setahun rujuk dengan suaminya, Farid Kamil.

Menerusi laporan Berita Harian, difahamkan, Diana Danielle sudah meminta peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader untuk bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

Peguamnya memaklumkan, Diana Danielle mengarahkannya untuk menfailkan penceraian tersebut.

Iya, anak guam saya sudah arahkan untuk ‘proceed’ (failkan rujuk dan perceraian).

Akberdin berkata, pihaknya akan menfailkan penceraian tersebut dalam masa yang terdekat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

Anak guam saya sudah bagi arahan untuk memfailkan dan saya sedang menyediakan proses rujuk dan cerai sekali. Kami akan failkan dalam bila-bila masa saja.

Dia (Diana) memang sudah tekad dan sebenarnya sudah bagi arahan untuk bertindak. Semalam dia bagi arahan untuk ‘proceed’ terus.

Ujarnya lagi, mereka akan berkongsi punca Diana menfailkan penceraian pada waktu yang bersesuaian.

Masa fail kami akan beritahu, sekarang agak sukar nak dijelaskan. Arahan nak failkan memang sudah ‘confirm’. Jadi, kami akan kongsikan yang lain kemudian.

Menerusi laporan mStar, mereka juga difahamkan sudah tidak tinggal bersama. Diana juga memintanya untuk menyiapkan dokumen untuk dibawa ke mahkamah.

Mereka difahamkan memang sudah tidak hidup bersama. Semalam dia hubungi saya dan minta saya siapkan dokumen diperlukan untuk dibawa ke mahkamah (syariah).

Dalam pada itu, peguam Diana memaklumkan permohonan penceraian tersebut akan difailkan selewat-lewatnya pada Isnin depan.