Ada yang cecah lebih RM3k, ini purata gaji pekerja Bangladesh di Malaysia undang pelbagai reaksi
Pekerja dari Bangladesh sering dipandang rendah oleh sesetengah kerana didakwa mereka hanya bekerja sebagai ‘kuli’ di Malaysia.
Namun realitinya mereka meraih pendapatan yang jauh lebih tinggi dari gaji yang disangkakan oleh orang ramai.
Baru-baru ini, seorang individu telah berkongsi angka gaji bulanan yang diraih oleh sejumlah warga asing bekerja di Malaysia.
Menerusi video tersebut, secara puratanya boleh dilihat gaji minimum sekitar RM2,600 sehingga mencecah RM3,500.
Pendedahan tersebut langsung menjadi perhatian netizen dan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan angka pendapatan yang diraih oleh majoriti pekerja Bangladesh di syarikat itu.
Selain terkejut mendapati gaji mereka jauh lebih tinggi dari sesetengah rakyat Malaysia sendiri, ada yang berpendapat mereka layak menerima gaji sebegitu setelah membanting tulang sampai tidak mengambil cuti untuk mendapatkan upah kerja lebih masa.