“Ada botak tengah, luar & dalam” – Tayar kereta haus tak rata, ini punca sebenarnya

“Ada botak tengah, luar & dalam” – Tayar kereta haus tak rata, ini punca sebenarnya

 

Tayar merupakan salah satu komponen utama kenderaan yang bertindak sebagai penggerak.

Perasan atau tidak, terdapat lekukan pada setiap tayar? Sebenarnya itulah yang dinamakan bunya tayar.

Setiap tayar disertakan dengan bunga tayar bertujuan untuk ‘mencengkam’ jalan raya dan membelah lopak air lebih-lebih lagi sewaktu permukaan yang licin.

Bagaimanapun, penggunaan tayar dalam jangka masa yang lama akan mengakibatkan ia cepat haus.

Peliknya, kadangkala tayar haus pada bahagian kawasan tertentu sahaja seperti sisi luar, sisi dalam atau bahagian tengah, sedangkan bunyi tayar lain masih lagi dalam keadaan baik.

Bahkan masalah ini boleh terjadi pada tayar yang baru sahaja ditukar.

Sebagai pemandu, apakah tindakan yang perlu dilakukan dan apa sebenarnya punca tayar botak sebelah ini berlaku?

Menerusi perkongsian video pemilik akaun TikTok @altimatautogarage,  memberitahu setiap jenis tayar haus ini datang dari pelbagai masalah yang berbeza.

Jenis-jenis tayar haus & punca sebenar

Bunga Tayar Haus Sebelah Luar

Jika tayar kereta botak hanya pada bahagian luar, itu petanda kereta anda berkemungkinan mengalami masalah dengan balancing dan alignment.

Bunga Tayar Haus Sebelah Tengah

Selain itu, jika tayar kereta anda haus hanya pada bahagian tengah, ia menunjukkanabsorber kereta mengalami masalah ataupun angin tayar telah melebihi kapasiti sepatutnya.

Perkara ini sudah tentunya boleh menjejaskan kestabilan pemanduan dan membahayakan nyawa kesemua pengguna jalan raya.

Bunga Tayar Haus Sebelah Tengah

Bagi bunya tayar kereta haus pada bahagian dalam, ini bermakna kereta tersebut berkemungkinan mempunyai masalah pada lower arm, absorber link, tie rod end, dan rack end.

Oleh itu, sekiranya mana-mana tayar kereta yang mengalami masalah ini, perlu segera membawa ke bengkel bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu pemanduan.

Semoga bermanfaat.

@altimatautogarage

Tayar makan tak rata?! Ni sebab yang korang tak tahu!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelserviskereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #otomotifnet #otomotifweekly #bengkelmobil #bengkelindonesia #kereta #car #cars #carsoftiktok #carslover #carspotting #carscene #carshow #mekanik #mekaniktiktok #mekanikmuda #pomen #pomenkampung #pomentiktok #repair #serviskereta #servisaircond #flushingaircond #cartips #gearbox #kundang #sungaibuloh #trending #viral #fyp

♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound