KWSP ingatkan ahli berumur 100 tahun ke atas tuntut simpanan sebelum Mac tahun depan

KWSP ingatkan ahli berumur 100 tahun ke atas tuntut simpanan sebelum Mac tahun depan

 

Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 100 tahun dan ke atas mesti mengemukakan tuntutan simpanan yang tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.

Memetik New Straits Times, KWSP, menerusi satu notis, berkata ia sedang menghubungi ahli berumur 100 tahun ke atas yang masih belum mengeluarkan sepenuhnya simpanan persaraan mereka.

“Ahli atau waris mereka boleh menyemak baki simpanan yang tidak dituntut menggunakan nombor dokumen pengenalan diri ahli atau nombor keahlian KWSP.

“Ahli atau waris mereka mesti mengemukakan tuntutan untuk simpanan tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.

“Selepas tarikh ini, sebarang simpanan yang tidak dituntut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (BWTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

“Sebarang tuntutan selepas itu mesti dikemukakan terus kepada BWTD,” katanya.

KWSP menambah, untuk maklumat lanjut mengenai perkara itu, ahli atau waris mereka boleh melayari laman web rasmi KWSP atau melayari pejabat KWSP berhampiran.