27 tahun terpisah kini berbeza agama, ibu dan anak kandung akhirnya dipertemukan semula
Perpisahan antara seorang anak dan ibu bapa boleh terjadi tanpa sangkaan sesiapa. Atas kekangan peribadi, ada juga penjaga yang terpaksa melepaskan cahaya mata mereka kepada orang lain.
Namun jauh di sudut hati, kasih sayang mereka terhadap anak-anak tidak pernah terpadam walaupun sudah puluhan tahun hidup berasingan.
Sebak dan mengharukan, demikianlah kata-kata yang sesuai menggambarkan detik-detik jejak kasih antara seorang wanita berbangsa Melayu bernama Dayah dengan ibu kandungnya, Aunty Jenani yang merupakan orang India.
Klip berkenaan awalnya telah dikongsikan oleh rakannya bernama Atilia yang turut menemaninya ke sana.
Setibanya di hadapan sebuah unit rumah flat, Dayah sempat mengesat air matanya seakan sedang mengumpul kekuatan sebelum berdepan semula dengan insan yang cukup dirindui selama ini.
Bermula dengan pemberian sepucuk surat, Aunty Jenani akhirnya mengerti bahawa itu adalah anak kandungnya sendiri.
@atiliayusuf_ 27 tahun , akhirnya dipertemukan semula . Kasih ibu sampai kesyurga , insyaAllah . Im happy for you sis @Dayahhayadⓣⓒⓞⓜⓢ and aunty @Jenani Ponnu Jenani , you have a good dotter 🫠🥰 #fyp #fypシ #xyzbca #fyppppppppppppppppppppppp #berandatiktok #fypシ゚viral #berandafypシ
Pelukan erat antara 2 beranak kandung itu sudah cukup menggambarkan kerinduan yang dipendam mereka setelah terpisah selama 27 tahun.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak dan menumpang gembira untuk Aunty Jenani dan juga Hidayah.
Ada juga yang akui berdepan perpisahan sama dan belum bertemu anak kandung sejak sekian lama terpisah.