23 tahun kahwin tiada kad nikah, suami isteri hampir ditangkap basah

23 tahun kahwin tiada kad nikah, suami isteri hampir ditangkap basah

 

Sepasang suami isteri yang menginap di sebuah hotel di Johor hampir ditangkap basah oleh Pasukan Pegawai Jabatan Agama Islam gara-gara gagal melampirkan bukti sudah bernikah.

Pengalaman cemas ini dikongsikan menerusi satu hantaran pengguna Facebook yang dikenali sebagai Faridah Salleh.

Menurut Faridah, dia dan suami menginap di hotel tersebut atas urusan kerja yang perlu diselesaikan. Namun, sekitar pukul 12.45 tengah malam, dia dikejutkan dengan ketukan pintu.

faridah

Ingatkan suami balik tapi dengar suara berbeza. Pergi ke pintu tanya banyak kali, katanya dari pejabat agama.

Dalam keadaan cemas, Farida berkata dia meminta kebenaran untuk menyarung tudung terlebih dahulu dan meminta agar pegawai perempuan turut berada di hadapan pintu biliknya.

Alhamdulillah, Allah tutup aib kami, mujurlah ketika itu suami saya tidak berada bersama di bilik hotel atas urusan luar.

Jelas Farida, sekiranya dia sedang berdua-duaan di dalam bilik bersama suami, besar kemungkinan mereka ibarat ditangkap basah dan bakal dibawa ke Pejabat Agama kerana gagal melampirkan bukti perkahwinan sebagai suami isteri yang sah.

Saya dan suami langsung tak ada kad nikah walaupun usia perkahwinan kami sudah 23 tahun, sijil nikah pun tertinggal di rumah, memang kalut waktu itu.

Dalam pada itu, Faridah turut memberikan pesanan dan mengajak pasangan berkahwin di luar sana agar segera membuat permohonan memiliki kad nikah kerana ia penting sebagai bukti perkahwinan yang sah.