Jangan minum air sejuk, ini 5 cara pantas nak hilangkan kalau termakan benda pedas
Kalau termakan benda pedas pastinya orang ramai akan terus menuju ke peti sejuk untuk mengambil air minuman.
Rupanya ia hanya menyebabkan rasa pedas itu bertebaran di seluruh dan pada akhirnya menyebabkan ia menjadi lebih pedas.
Sebaliknya ikuti lima cara pantas untuk hilangkan rasa pedas dan pijar di lidah yang dikongsi portal Vanilla Kismis.
1. Minum susu
Minuman tenusu seperti air susu, yogurt, teh susu, kopi susu, dan sebagainya baik untuk diambil selepas makan makanan pedas.
Ini kerana terdapat kandungan protein yang dipanggil ‘caesin’ membantu membuang bahan ‘capsaicin’ sekali gus meredakan kesan sampingan ketika anda makan makanan pedas.
2. Nasi putih atau roti
Makanan berkanji seperti roti putih dan kentang boleh bertindak sebagai penghalang di antara ‘capsaicin’ dan mulut anda,
Selain itu, nasi adalah bahan paling mudah serta mampu melegakan rasa ‘panas’ di dalam mulut. Malah pisang juga boleh bantu meredakan rasa pedas yang anda rasakan.
3. Gula atau madu
Kalau pedas jangan minum air. Capsaicin kat cili tu berbahan minyak dan tak boleh di hilangkan dengan air.
Madu akan bertindak untuk menyerap minyak cili atau rempah yang ada dalam makanan tersebut bagi menghilangkan rasa pedas yang berlebihan.
Boleh cuba satu sudu teh gula atau madu untuk menghilangkan rasa pedas.
4. Minuman masam
Ramai yang tidak tahu bahawa buah tomato dan lemon mempunyai kelebihan untuk menghilangkan asid rasa pedas yang berada dalam mulut anda.
Gigit tomato atau jadikannya sebagai jus untuk meredakannya dengan cepat.
5. Minyak sayur
Bagi mereka yang ada minyak sayuran di rumah boleh titiskan satu dua ke atas lidah, ia boleh hilangkan rasa pijar.