Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, Azwan atau nama lengkapnya, Mohamed Azwan Ali marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti berkenaan yang kali ketiga melanggar SOP tatkala negara masih bergelut dengan wabak Covid-19.
Adik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA lantang menyelar Neelofa yang sekali lagi dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) itu turut menggesa dan mencadangkan agar Neelofa dikenakan hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukannya.
Tangkap layar ciapan yang dilakukan oleh Azwan Ali.
“Saya nak jadi orang rakyat pertama gesa kerajaan untuk penjarakan selebriti perasan bagus ini. Siapa setuju? Kasi (bagi) viral (tweet) ini.
“Dua kali dah kau gelupur langgar SOP. Ini kecoh kali ketiga. Lagi-lagi muka kau. Muhasabah weh, kerana kau rakyat tersinggung dan marah. Apa sumbangan besar kau pada industri hiburan Malaysia!,” getus Azwan melalui Twitter miliknya.
Semalam, Kosmo! Online melaporkan keluarga Neelofa sekali lagi menjadi perhatian dan bualan netizen apabila didakwa melanggar SOP Aidilfitri yang ditetapkan.
Sebuah video yang dimuat naik kakak Neelofa, Noor Nabila tular dalam laman Twitter selepas dirakam dan dikongsi netizen sejak tengah hari semalam.
Video berdurasi 27 saat itu jelas menunjukkan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan sedang bersalaman meminta maaf antara satu sama lain.
Barangkali sedar video yang dimuat naik mencetuskan amarah netizen, tidak lama selepas itu, Noor Nabila memadam video berkenaan dari Instagram.
P0lis Akan Siasat
Selebriti popular, Neelofa mencetuskan kontroversi lagi apabila dia didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya di sebuah kediaman di Ampang pada 13 Mei lalu.
Kontroversi itu mula bertebaran selepas kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik sebuah video di dalam laman Twitter.
Video berdurasi 27 saat tersebut terus dikongsi netizen sejak tengah hari tadi dan tular. Menerusi video dengan kapsyen `1 Syawal yang penuh mulia’ tersebut kelihatan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan bersalaman satu sama lain.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, memutuskan umat Islam tidak dibenarkan kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Keputusan tersebut juga telah menyebabkan, isteri kepada seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya dikenakan k0mpaun RM2,000 kerana menghantar juadah untuk suami yang bertugas dalam daerah sama.
Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontr0versi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.
Menjengah ke laman Twitter, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kemarahan dan tidak puas hati selain mempertikaikan tindakan keluarga itu.
Tangkap layar Noor Nabila tular dalam laman Twitter.
“Wah seronoknya. Betul-betul kebal geng ni.
“Meriahnya. Kita nak jumpa keluarga yang dekat pon takut. Puak-puak ni siap boleh cium mulut dan laga-laga pipi lagi. Demo (mereka) semua mari dari kayangan ke,” luah netizen.
Terdahulu, kerajaan menerusi SOP yang diputuskan tidak membenarkan sebarang aktiviti kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.
Noor Nabila merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa. Sebelum ini beliau dikenali kerana telah bernikah dengan pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta
Susulan kes baharu tersebut, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak dalam satu kenyataan berkata, majlis tersebut disyaki berlangsung di kediaman selebriti tersebut di Hulu Kelang, Ampang.
Sehubungan itu, menurut beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah menerima laporan polis berkaitan isu terbabit dan siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
“Kita akan memanggil yang terlibat dalam aktiviti beraya itu untuk diambil keterangan,” kata beliau. – trdg sgt