“Hebat sungguh Fazura, lihat betapa diam dia selepas berpisah tanpa raih simpati sana sini”

“Hebat sungguh Fazura, lihat betapa diam dia selepas berpisah tanpa raih simpati sana sini”

 

Seorang peminat yang dikenali sebagai Azura Baharudin anggap Fazura wanita hebat dalam menguruskan kehidupan peribadinya walaupun dilanda konflik rumah tangga, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azura di laman Facebooknya, dia mengagumi sikap positif yang ditunjukkan Fazura selepas sah bercerai dengan bekas suaminya, Fattah Amin.

“Lihat betapa diam dia selepas berpisah tanpa membuka apa cerita pun atau meraih simpati sana sini.

“Lepas cerai tak ada sibuk-sibuk tonjol diri meraih simpati lagi kerana dia dalam keadaan very strong position. Dia ada career yang bagus dan of course ada duit untuk teruskan hidup tanpa kita dengar dia tuntut apa dah. She move forward diam je.

“Orang kecam orang kutuk dia diam sahaja. Sebab dia kuat, tak ambil kesempatan atas apa yang viral terhadap diri dia dan dia tak perlu pun open herself for any job sebab dia cukup ada segalanya to survive after the divorce,” katanya.

Dalam pada itu, Azura menitipkan nasihat kepada orang ramai terutamanya golongan wanita untuk mengambil pengajaran yang baik berhubung isu Fazura.

“Boleh jadi contoh buat wanita lain juga. Yang baik-baik kita ambil sebagai panduan. Yang tak baik kita letak tepi.

“Ramai perempuan tak sokong dia?? Biasa lah wanita hebat memang ramai tak suka sebab tak mampu nak jadi macam dia. Itu antara sifat tak baik wanita iaitu nak jatuhkan sesama wanita bila tak boleh nak jadi bagus macam orang tu,” tambahnya lagi.

Fazura wanita hebat

Sekadar info, pasangan selebriti itu telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, hari ini selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.