“Dia jadikan iktibar” – Tak pernah mengadu, Watie kongsi Shuib naikkan duit nafkah sejak kes Fattzura

“Dia jadikan iktibar” – Tak pernah mengadu, Watie kongsi Shuib naikkan duit nafkah sejak kes Fattzura

 

Isteri kepada pelawak, Watie dedah Shuib tambah duit nafkah meskipun dirinya tidak pernah mengadu jumlah yang diterima selama ini tidak mencukupi.

Menerusi sebuah hantaran di platform Istagram, Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, telah berkongsi tangkap layar menunjukkan suaminya, Shuib telah membuat pindahan wang kepadanya.

Menurut Watie, berkemungkinan Shuib menjadikan kes perceraian pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura sebagai iktibar buat para suami agar tidak memandang mudah soal nafkah.

Meskipun tidak mendedahkan amaun yang diterima, tetapi Watie memaklumkan bahawa jumlah tersebut adalah tinggi berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah sejak kes Fattzura, suami up duit nafkah.

“Walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup, tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam,” tulis Watie.

Watie juga sempat menitipkan nasihat buat pasangan suami isteri agar bertolak ansur dalam rumah tangga selain mengambil pengajaran daripada situasi sekeliling.

“Sebenarnya suami isteri jadikan lah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran untuk kita suami isteri sama-sama bertolak ansur dan memahami anatara satu sama lain.

“Sebab kehidupan rumah tangga ni untuk kita lalui bersama, nikmati bersama, suka duka bersama, susah senang sehingga ke nafas terakhir bersama,” tulisnya lagi di Instagram Story.

Isu tuntutan nafkah mula menjadi perhatian ramai susulan ia dikatakan menjadi punca aktres, Nur Fazura memfailkan perceraian terhadap aktor, Fattah Amin.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.

Sebelum ini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.