18 tahun melawa tak pernah dipuji, isteri curang lepas kawan suami puji cantik

18 tahun melawa tak pernah dipuji, isteri curang lepas kawan suami puji cantik

 

Kita sering mendengar ayat seperti ‘para isteri perlu berhias cantik-cantik supaya suami tidak lari mencari wanita lain’. Namun begitu, secantik mana pun seorang isteri itu, belum tentu suami akan menghargai.

18 tahun suami tak pernah puji isteri

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nagas di TikTok, memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Jesse Lantang mencerita kisah sepasang suami isteri yang sudah 18 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Saya ada seorang kawan ni, isteri dia cantik seperti model. 18 tahun mereka bernikah dan ada 2 anak.

Meskipun mereka dilihat seperti pasangan bahagia, namun siapa sangka si isteri sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik, namun tidak dipandang oleh suaminya.

Tapi saya dengar yang isteri dia curang dengan kawan kami.

Malah, lelaki berkenaan suka memanggil isterinya dengan kasar seperti menggunakan panggilan ‘woi’ apabila berbicara.

Kawan saya ni kalau dia panggil isteri bukan panggil ‘honey’, bukan sayang, bukan namanya tapi panggil hoi atau woi.

Hendak dijadikan cerita, wanita yang setia selama 18 tahun itu curang dengan rakan suami. Rupa-rupanya ketika mereka bertemu, hati si isteri sudah berbunga-bunga kerana dipuji cantik dan akhirnya dia ‘pergi’ kepada orang yang menghargai dirinya. Mana tidaknya hampir dua dekad mereka mendirikan rumah tangga tetapi tidak pernah mendapat pujian daripada suami sendiri.

Tiba-tiba dia terjumpa dengan kawan kami. Selama 18 tahun tak ada orang yang puji dia tapi hari itu dia dipuji oleh lelaki lain.

@nagasd

‬‬Suami suami 🎙 : Ps. Jesse Lantang 🎵 : Damsonegongbang – I Am Not A Robot 🎬 : Ibadah Online GSJS 3 – Ps. Jesse Lantang – Pkl.10.00 (30 October 2022) #kristen #renungankristen #inspirasikristen #renunganhariankristen #saatteduh #saatteduhharian #saatteduhkristen #kristenindonesia #rohani #rohanikristen #kekristenan #tuhanbaik #tuhanyesus #alkitab #firmantuhan #ayatalkitab #sharingfirman #anakmudakristen #imankristen #anaktuhan #pengikutyesus #renunganfirman #blessedtobeblessing #firmantuhan

♬ suara asli – Nagas – Nagas