Pemuda ‘merangkak’ belajar solat di masjid undang sebak

Pemuda ‘merangkak’ belajar solat di masjid undang sebak

 

Tular di media sosial memaparkan seorang pemuda merangkak belajar solat di sebuah masjid di Kuala Lumpur telah berjaya undang sebak warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dapat dilihat pemuda yang memakai baju berwarna ungu itu sedang belajar cara menunaikan ibadah wajib itu dengan seorang lelaki berjubah putih.

@calon_mayat44342

#sahabathijrah #mencariredhaallah #jagashalat5waktu #fypシ #foryou

♬ suara asli – 𝙰𝚢𝚍𝚘𝚗𝚜|ايضا – kanguq1

Dalam perkongsian itu, pemuda terbabit mengikut semula apa yang dilakukan oleh pengajarnya seperti cara untuk merukuk dan bersujud.

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 700,000 tontonan dengan mendapat lebih 147,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemuda terbabit yang tidak malu untuk mempelajari ilmu agama demi mendekatkan diri kepada Tuhan.