“Nak pergi London balik hari pun boleh” – DS Vida belanja RM500k sebulan hantar Cik B belajar di Sepanyol

“Nak pergi London balik hari pun boleh” – DS Vida belanja RM500k sebulan hantar Cik B belajar di Sepanyol

 

Umum sedia maklum, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida kini hantar anak perempuannya, Cik B belajar di Sepanyol.

Terbaharu, Vida atau Hasmiza Othman memaklumkan anaknya menyambung pengajian dalam tiga jurusan berbeza di sebuah kolej terletak di Barcelona, Sepanyol.

Maklumnya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin mengambil jurusan Bahasa Sepanyol, perniagaan dan kulinari di sana.

Ujar usahawan berusia 53 tahun itu, demi kejayaan puteri kesayangan, dia sanggup berbelanja sekitar RM500,000 sebulan.

“Kos perbelanjaan ya ampun mahal, sekitar RM500,000 sebulan termasuk kos rumah, makan dan minum.

“Cik B sambung belajar di sini (Sepanyol) selama setahun. Kemudian dia juga akan sambung pengajian untuk degree,” katanya.

Menurut mStar, Vida tidak kisah mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menanggung pendidikan anaknya, termasuk memilih tempat penginapan yang selesa dan selamat.

Sebagai seorang ibu, dia pastinya berharap apa yang dilaburkan itu mendatangkan hasil dan Cik B mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian.

Tambahnya lagi, dia juga mempunyai alasan tersendiri memilih Barcelon sebagai tempat anaknya sambung pengajian.

“Saya okay untuk habiskan wang untuk pelajaran anak sebab saya mahu Cik B jadi orang yang hebat dunia dan akhirat, malah saya pilih Barcelona untuk Cik B sambung belajar kerana tempatnya cantik, hebat dan pelancong ramai.

“Jadi Cik B tak bosan, lagipun kalau tiada kelas dia nak pergi Paris ke London balik hari pun boleh sebab dekat.

“Apa yang penting keputusan dia kena terbaiklah,” jelasnya.

Terdahulu, Vida memaklumkan dirinya berada sedih memandangkan perlu melepaskan anak perempuannya melanjutkan pengajian di Sepanyol.

Cik B, Vida mempunyai seorang lagi anak lelaki yang bernama Eric Zaquan atau mesra disapa Kacak.