Sembilan bulan tak dapat apa, wanita ‘burnout’ urusan tuntutan nafkah terlalu rumit

Sembilan bulan tak dapat apa, wanita ‘burnout’ urusan tuntutan nafkah terlalu rumit

 

Selepas melalui fasa penceraian yang cukup menyakitkan, majoriti golongan wanita biasanya tidak mengharapkan apa-apa lagi daripada bekas suami mereka kecuali melibatkan hak anak-anak.

Khususnya melibatkan tuntutan nafkah keperluan, ia masih menjadi tanggungjawab bapa mereka selagi anak masih di bawah umur. Malang sekali, proses yang terpaksa dilalui di mahkamah bukanlah satu kerja mudah.

Beberapa hari lalu, perkongsian daripada pengguna TikTok @Nurin Alisa telah menjadi perhatian ramai sehingga meraih lebih 2 juta jumlah tontonan.

Alisa nampak tertekan kerana urusan tuntutan nafkah di mahkamah syariah yang dilaluinya terlalu lama untuk diselesaikan walhal ia sudah difailkan sejak 9 bulan yang lalu.

Dalam kesibukan bekerja serta menguruskan anak yang tidak sihat, dia terpaksa terkejar-kejar untuk mendapatkan giliran di kaunter mahkamah syariah sejurus tamat waktu kerja. Namun semuanya hampa.

Bahkan, dia pernah disarankan untuk mengupah peguam persendirian jika mahu urusan berkenaan segera diselesaikan.

Selain itu, Nurin turut meluahkan kesal terhadap bekas suami yang tidak memudahkan urusan pemberian nafkah sehingga menyebabkan dirinya terpaksa melalui semua proses sukar ini.

@bullisa

Burn out

♬ original sound – Nurin Alisa – Nurin Alisa

“9 Bulan Tak Dapat Apa” – Wanita Burnout Urusan Tuntutan Nafkah Terlampau Rumit

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berkongsikan bagaimana mereka mengalai cabaran serupa ketika berurusan dengan pihak mahkamah syariah. Akhirnya, mereka sendiri berputus asa untuk menuntut hal sendiri kerana urusan yang terlampau leceh dan lama.