“Dia guna badan lindungi saya” – Azlan Komeng patah kaki & tangan, isteri kongsi detik cemas terlibat kemalangan

“Dia guna badan lindungi saya” – Azlan Komeng patah kaki & tangan, isteri kongsi detik cemas terlibat kemalangan

 

Pelakon, Azlan Komeng patah kaki dan tangan apabila mengalami kemalangan jalan raya bersama isterinya, Nilam Ortiz.

Menerusi TikTok Nilam, dia memaklumkan yang dirinya serta suami terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lipis Pahang sewaktu dalam perjalanan menuju ke tapak perniagaan.

Ujar Nilam lagi, Azlan telah mengalami patah kaki dan tangan kerana mahu menyelamatkannya daripada kecedeceraan lebih serius apabila menghalang menggunakan badan.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki mereka telah merempuh kenderaan lain dipercayai sebuah van dari arah bertentangan.

@puan_nilamortiz

terimakasih yang bertanya khabar

♬ original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz

Walau bagaimanapun, Nilam memaklumkan yang dia hanya mengalami kecederaan ringan dan mereka sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.

“Kereta kami bertembung dengan kenderaan lain, dan saya pun tak ingat sama ada lori atau van.

“Keadaan saya stabil cuma ada sedikit luka dan bengkak, cuma suami saya kaki dan tangan dia patah. Keadaan suami saya masih teruk lagi,” katanya.

Dalam pada itu, rakan artis, Sharifah Shahora telah berkongsi gambar terkini Azlan Komeng yang terbaring di katil hospital bersama keadaan kereta yang dinaiki mereka suami isteri.

Dapat dilihat kedua-dua kaki dan sebelah tangan Azlan berbalut dan dipercayai mengalami kecederaan patah susulan kemalangan yang menimpanya.

Azlan Komeng patah kaki

Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen di ruangan TikTok Nilam Ortiz mengakui terkejut dengan berita kemalangan yang menimpa mereka berdua.

Kebanyakan mereka mendoakan supaya Azlan dan isteri segera diberi kesembuhan serta kuat menghadapi ujian ini.

Semoga kita sama-sama dapat mendoakan supaya Azlan Komeng dan isteri diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.