“Kan dah kabo mahal..” – Viral harga ‘steering rack’ Viva cecah RM3k, ‘pomen’ tampil beri penjelasan

“Kan dah kabo mahal..” – Viral harga ‘steering rack’ Viva cecah RM3k, ‘pomen’ tampil beri penjelasan

 

Beberapa hari lepas, seorang wanita berkongsi kisah pengalaman mendapatkan perkhidmatan untuk membaiki keretanya dari sebuah bengkel namun menjadi bualan hangat netizen apabila dikatakan dicaj terlalu mahal.

Tidak mahu terus-menerus menerima tohmahan orang ramai, seorang pomen atau wakil dari bengkel itu sendiri tampil menerangkan perkara sebenar berkaitan komponen kereta viva yang didakwa sengaja dijual pada harga ribuan ringgit kepada pelanggan terbabit.

Dia terangkan jika kalau rack viva power steering sememangnya mahal kerana sudah dihentikan pengeluaran di kilang. Jadi, barangan tersebut yang sedia ada menjadi lebih mahal kerana stok yang terhad.

“Kena viral hari ini. Kan dah bagitau rack viva power steering yang original memang mahal. Perodua dah henti pengeluaran. Perodua dah tukar vendor lain dan buat rack itu tak banyak pun.

“Dah memang harga dia mahal. Abang pun tak de pun simpan stok. Dah bertahun tak dapat stok rack viva. Kalau nak baru abang order dekat Perodua dengan depositi pemilik,” terangnya.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Zulfaqqar, dia mendedahkan dirinya telah berkongsi perkara itu bersama gambar resit penyata harga dari Perodua rasmi yang diberikan oleh pelanggan di akaun Facebook minggu lalu lagi.

Malah di hantaran pada tarikh 3 September juga menerangkan yang komponen steering rack Viva sememangnya mahal untuk barang original dan pemilik sendiri bersetuju dengan caj yang dikenakan.

Dalam pada itu, dia turut menegaskan harga komponen terbabit mencecah RM3,000 dan bukannya seperti yang didakwa ramai yang menuduh pekerja kedai menjual barangan berharga ratusan ringgit lalu dinaikkan hingga ribuan ringgit sesuka hati.

Dia juga tidak berpuas hati apabila ada pihak cuba membandingkan barang original dengan harga barang halfcut atau sparepart yang tidak berkualiti.

Dalam mempertahankan dirinya, Encik Muhammad Zulfaqar turut mendedahkan yang dia memiliki bukti terdapat persetujuan antara pihaknya dan pemilik berkenaan pembelian komponen Viva terbabit. Dia juga masih menyimpan resit-resit pengambilan stok dari stokis sebagai bukti.