Juruterbang kongsi tips cara nak dapat tiket flight paling murah dari biasa

Apabila merancang percutian, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah bajet. Bajet ini merangkumi kos tiket penerbangan, penginapan, makanan, pengangkutan, dan aktiviti lain.
Kadang-kala, harga tiket penerbangan boleh menjadi sangat tinggi! Namun, sebenarnya terdapat beberapa tips yang boleh digunakan untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.
Di Facebook, seorang juruterbang yang dikenali sebagai Gazze Azri telah berkongsi beberapa tips yang boleh diamalkan oleh mereka yang gemar melancong.
Dengan tips ini, anda boleh menjimatkan sedikit wang untuk tiket penerbangan!
1. Melancong bukan pada waktu puncak cuti sekolah dan am
Pastikan anda tidak melancong semasa cuti sekolah atau cuti umum. Jika anda ingin melancong ke luar negara, lebih baik periksa perayaan yang diraikan pada masa itu seperti Easter Break, Krismas, dan lain-lain.
2. Melancong pada hari Ahad
Ha.. untuk ini, korang kena berkorban sedikit daripada cuti tahunan. Elakkan melancong pada hujung minggu kerana biasanya orang ramai akan memilih Sabtu dan Ahad untuk memulakan percutian mereka.
Sebaiknya, cari tiket penerbangan pada hari Selasa, Rabu, dan Khamis.
3. Beli tiket awal tetapi jangan terlalu awal
Tips paling asas untuk mengelakkan harga tiket yang mahal ialah membeli tiket awal-awal. Jangan sekali-kali membuat survey untuk tiket seminggu sebelum tarikh penerbangan kerana harga tiket biasanya akan melonjak.
Menurut pengalaman Abby Hassan, tiket penerbangan sebaiknya dibeli 21 hari sebelum tarikh penerbangan sebenar.
Beliau menyatakan bahawa kebanyakan syarikat penerbangan mempunyai sistem penentuan harga tiket yang berbeza.
Oleh itu, dalam sistem tersebut, terdapat beberapa tiket yang ditawarkan pada harga yang sangat rendah.
Terdapat juga tip yang mengatakan bahawa anda sebaiknya membeli tiket penerbangan pada hari Selasa dan Rabu. Ini kerana syarikat penerbangan biasanya memasukkan data penerbangan baru dalam sistem pada dua hari tersebut.
4. Melakukan perjalanan transit
Sebagai seorang penerbang, Gazze Azri mencadangkan peminat melancong untuk membeli tiket penerbangan dengan pemberhentian (transit) untuk destinasi yang diinginkan.
Beliau mengatakan bahawa tiket penerbangan dengan pemberhentian biasanya lebih murah berbanding penerbangan langsung. Sebagai contoh, jika anda ingin pergi ke Auckland, belilah tiket penerbangan dengan pemberhentian di Perth.
Bagi perjalanan ke Sydney, singgah terlebih dahulu di Bali. Walau bagaimanapun, penting untuk menyesuaikan dengan keperluan destinasi. Elakkan membuat terlalu banyak pemberhentian (transit), kerana ia boleh menyusahkan.
5. Menjadi ahli program penerbangan
Biasanya, syarikat penerbangan akan menawarkan ganjaran istimewa kepada penumpang yang setia. Selain daripada harga tiket, mereka juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti akses ke lounge, saiz bagasi yang besar, bantuan ketibaan, dan lain-lain lagi.
Selain daripada tips di atas, Abby Hassan, seorang peminat melancong, mencadangkan agar anda membersihkan cache carian di internet.
Ini kerana melalui kuki (cookies), sistem dapat menjejaki bahawa anda telah membuat carian sebelum ini.
Sebagai hasilnya, mereka mungkin menetapkan harga tiket pada harga yang sama atau lebih tinggi. Untuk lebih berjaga-jaga, gunakan mod penyamaran (incognito) dalam pelayar web!
Terakhir sekali, jangan lupa untuk membandingkan harga tiket melalui aplikasi pihak ketiga. Elakkan memberi tumpuan hanya kepada satu laman web kerana kadang-kadang anda boleh mendapatkan harga yang lebih murah dengan syarikat penerbangan yang lain.
Selain daripada Skyscanner, anda boleh membuat carian di laman-laman web berikut:
– Google Flights
– Hopper
– Kayak
– Cheapflight
Bila dah dapat tiket murah, duit lebihan tu boleh digunakan untuk belanja lain pula kan? Selamat bercuti!