Ini senarai terkini Institut Memandu Laksana Program Peralihan Lesen Kelas B

Ini senarai terkini Institut Memandu Laksana Program Peralihan Lesen Kelas B

 

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengeluarkan senarai terkini institut memandu yang menjalankan program khas peralihan Lesen Memandu Malaysia (LLM) Kelas B2 atau B1 kepada LLM Kelas B.

Senarai ini merupakan versi ketiga yang dikeluarkan bertarikh 9 Oktober 2024.

Berikut merupakan senarai institut memandu mengikut negeri:

PERLIS

KEDAH

PULAU PINANG

PERAK

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SELANGOR

NEGERI SEMBILAN

MELAKA

JOHOR

PAHANG

TERENGGANU

KELANTAN

SABAH

SARAWAK

Terdahulu, syarat program peralihan itu telah dilonggarkan serta-merta susulan keluhan orang ramai yang tidak layak menyertai program itu.

Memetik Bernama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata tempoh LLM hanya perlu aktif dan mencukupi 10 tahun ke atas dan tidak perlu secara 10 tahun berturut-turut.

Kelonggaran itu adalah munasabah kerana lesen tidak dapat diperbaharui ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

Kerajaan telah memberikan pengecualian pembaharuan lesen memandu bagi semua pemegang lesen sepanjang tempoh PKP itu.

Pun begitu, syarat lain kekal dan tidak akan dikompromi termasuk pemohon perlu bebas daripada sebarang senarai hitam dan tunggakan saman.

“Kita buat pertukaran (sistem) serta-merta untuk memudahkan orang ramai. Kita mohon kesabaran orang ramai dan dalam masa beberapa hari, mereka (pemohon) boleh ambil program itu di institut memandu yang terlibat,” kata Loke.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program khas ini, orang ramai boleh menghubungi pihak JPJ di talian 03-8892 8720 / 8725 / 8689 yang mula dibuka pada jam 8.00 pagi hingga 05.00 petang atau hantarkan emel ke [email protected].