11 senarai calon Umno Perak untuk bertanding PRK Gerik

11 senarai calon Umno Perak untuk bertanding PRK Gerik

Badan Perhubungan Umno Perak sudah menerima 11 nama sebelum disenarai pendek untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik pada 16 Januari depan.

Pengerusinya yang juga Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya menetapkan tarikh akhir pada 5 petang ini untuk mana-mana ahli Umno yang berminat.

“Saya sudah mengadakan perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gerik pada Jumaat lalu, dan mereka bersetuju dengan nama-nama dalam senarai itu.

“Mereka pun memahami bahawa hanya satu nama akan dipilih Presiden (Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan pihak yang berminat untuk bertanding pada PRK berkenaan boleh menyerah biodata mereka sebelum 5 petang ini,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Saarani berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis pengenalan calon seminggu lebih awal daripada tarikh penamaan calon yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) pada 4 Januari depan.

Pada 27 November lalu, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan PRK Gerik akan diadakan pada 16 Januari 2021, dengan penamaan dan undi awal diadakan pada 4 Januari serta 12 Januari depan.

PRK Gerik diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Hasbullah Osman, 63, pada 16 November lalu akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham Hasbullah memperoleh majoriti 5,528 undi bagu kerusi Gerik, menewaskan calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/653027/umno-gerik-terima-nama-calon-untuk-prk-gerik-metrotv