11 alas kaki gambar Kaabah dirampas

11 alas kaki gambar Kaabah dirampas

 

Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah merampas 11 unit alas kaki yang bergambar Kaabah dari sebuah pasar raya di Batu Pahat pada Selasa yang lalu selepas menerima aduan awam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, mengesahkan pihaknya menerima aduan awam berhubung pasar raya tersebut menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri.

Pengurusan pasar raya tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan dan diberi amaran agar lebih berhati-hati dalam memilih produk jualan mereka supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

11 unit alas kaki dengan gambar Kaabah telah dirampas dan pemantauan terus dilakukan di seluruh negeri.

Tiada kenyataan tidak dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Aidilfitri dan juga untuk meredakan kerisauan awam.

Terdahulu seorang pengguna memuat naik gambar alas kaki tersebut. Pengadu mengakui terkejut apabila mengamati gambar yang tertera adalah Kaabah, yang merupakan kiblat bagi umat Islam, terletak di Masjidil Haram, Makkah.