10 kluster baharu dikenal pasti di enam negeri

10 kluster baharu dikenal pasti di enam negeri

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 10 lagi kluster baharu di enam negeri pada Jumaat.

Ia melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja dan lima kluster berkaitan komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti berikut:

1. KLUSTER JALAN TEMPUA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312,037) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk pada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tempua 1A, Taman Bestari, Hulu Langat.

Sehingga 12 Mac 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN INDUSTRI DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 2/1, Rawang.

Sehingga 12 Mac 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN KUNCI AIR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 301,185) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Kunci Air, Simpang 3, Gombak.

Sehingga 12 Mac 2021, sejumlah 205 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN MAIN BAZAAR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-304,052) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan pra pembedahan.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Jalan Main Bazaar, Kampung Hulu, Sri Aman.

Sehingga 12 Mac 2021, sejumlah 133 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER SENA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Miri dan Subis di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-293,569) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Lorong Sena 1A, Lutong, Miri.

Sehingga 12 Mac 2021, sejumlah 166 individu telah disaring, di mana 61 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER BULOH PASI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-279,775) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Februari 2021 hasil saringan pra pekerjaan.

Nama kluster ini diambil sempena lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Sungai Buloh, Bintangor, Meradong.

Sehingga 12 Mac 2021, sejumlah 267 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN PELEPAS DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembinaan yang tinggal di Jalan Pelepas 2/3, Tanjung Pelepas, Johor Bahru.

Sehingga 12 Mac 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER LINTANG BAYAN LEPAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lintang Bayan Lepas 6, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya.

Sehingga 12 Mac 2021, sejumlah 687 individu telah disaring, di mana 59 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER JALAN LAKSAMANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung dan Kuala Kangsar di Perak; daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Kota Belud di Sabah; daerah Bachok di Kelantan; daerah Kuala Nerus di Terengganu; serta daerah Timur Laut di Pulau Pinang.

Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-305,586 dan kes ke- 305,587) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan rentas negeri.

Kes-kes dalam kluster ini mempunyai sejarah menghadiri latihan yang dijalankan dari 22 Februari 2021 sehingga 26 Februari 2021 di Manjung, Perak.

Sehingga 12 Mac 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER LADANG BUKIT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kemaman di Terengganu.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317,710) dilaporkan positif COVID- 19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perlombongan yang terletak di Ladang Bukit Tengah, Kerteh, Kemaman.

Sehingga 12 Mac 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – AA