10 jenis makanan diet untuk cepat kurus, kekal cantik dan sihat

10 jenis makanan diet untuk cepat kurus, kekal cantik dan sihat

 

MAKANAN DIET APA YANG BOLEH BUAT KITA CEPAT KURUS, KEKAL CANTIK DAN SIHAT?

Pemakanan yang baik merupakan komponen utama yang menyumbang kepada kesejahteraan tubuh dan kesihatan keseluruhan bagi wanita. Melalui pemakanan yang baik, kita berupaya untuk mencegah atau mengurangkan risiko kepada masalah-masalah kesihatan serta mengekalkan kesihatan kulit.

Berikut dikongsikan tips dan jenis makanan diet yang bukan saja membantu untuk kurus, tetapi juga sihat dan boleh anda amalkan.

Contoh Makanan Diet Untuk Kurus

Malaysia memang kaya dengan pelbagai makanan – daripada sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam, pencuci mulut, supper, kudapan, snek dan sebagainya. Semuanya sangat mudah didapati dan dijual secara meluas.

Sebagai langkah pertama, anda perlu mengenalpasti jenis makanan yang perlu anda elakkan dan apakah alternatif yang lebih sihat untuk makanan tersebut.

Perubahan kecil yang anda lakukan dalam pemilihan makanan hari ini mungkin memberi hasil yang lebih besar.

Contoh makanan diet antaranya :

  1. Air kosong – Lebih baik berbanding air manis
  2. Nasi putih berlauk – Kurang kalori berbanding nasi goreng / nasi briyani
  3. Capati – kurang kalori dan kurang minyak berbanding roti canai
  4. Lauk singgang – Kurang berminyak / kalori berbanding lauk sambal / kari
  5. Ayam bakar – Kurang kalori berbanding ayam goreng
  6. Makanan semulajadi (real food) seperti pisang, ayam, jagung, dan kentang – Kurang kalori berbanding makanan berproses seperti snek dalam bungkusan, nugget, popcorn atau fries
  7. Buah-buahan – Lebih baik berbanding snek dan manisan seperti donat, roti manis dan kek
  8. Buah segar – Lebih baik berbanding buah-buahan kering seperti kismis / dried fruits
  9. Sandwich – Lebih sihat berbanding burger restoran segera
  10. Bijirin tinggi serat – Beras perang / roti wholemeal lebih padat nutrisi dan kenyang berbanding nasi putih dan roti putih

Tukar makanan berminyak dan berlemak anda dengan pilihan yang lebih sihat.

Ubahsuai cara masakan harian anda untuk menghasilkan hidangan yang sihat untuk anda dan keluarga. Pilihan Bijak, Rendah Kalori, Lebih Sihat!

Jom tengok contoh makanan diet yang boleh membantu anda lebih sihat :

Tips 1 : Amalkan Suku Suku Separuh

Anda boleh amalkan konsep makanan diet dengan Pinggan Sihat Malaysia yang menekankan konsep Suku Suku Separuh.

Pinggan Sihat Malaysia menyarankan peningkatan pengambilan sayur dan buah; memastikan pengambilan nasi, mi, roti dan bijirin lain serta ikan, ayam, daging mahupun kekacang adalah mengikut saranan oleh KKM.

Pinggan Sihat Malaysia berdasarkan pinggan berukuran 10 inci (25 cm) yang biasa diguna oleh penduduk Malaysia.

Seterusnya, apa itu konsep suku suku separuh?

Konsep Suku Suku Separuh merupakan panduan hidangan seharian yang mengandungi;

  1. Suku pertama pinggan diisi dengan nasi, mi, roti, bijirin, hasil bijirin atau ubi-ubian, disarankan bijirin penuh seperti rotil mil penuh, nasi perang
  2. Suku kedua pinggan dilengkapi dengan ikan, ayam, daging atau kekacang
  3. Separuh daripada pinggan diisi dengan sayur sayuran dan tambahan 1 biji buah
  4. Lengkapkan hidangan dengan satu gelas air kosong atau minuman tanpa gula, susu atau produk susu.
makanan diet untuk cepat kurus
makanan diet untuk cepat kurus

Tips 2 : Elakkan ‘Kuah Banjir’

Orang Malaysia memang suka makan nasi dengan ‘kuah banjir’ kan? Kalau makan mee kari contohnya, memang akan dihirup kuahnya sampai licin!

Tapi tahukah anda makanan yang banyak kuah mempunyai kalori yang tinggi.

Bayangkan, 1 sudu makanan (15ml) yang berkuah (berminyak & berlemak) = >50kcal.

Jadi apa kata selepas ini KURANGKAN pengambilan kuah dalam makanan harian kita.

Lepas ni cuba elakkan daripada mengamalkan kuah banjir dalam pengambilan makanan, khasnya pada makanan utama ok?

Hindari juga daripada memilih makanan yang tinggi lemak, sebaliknya amalkan pengambilan makanan yang rebus atau kurang minyak.

makanan diet untuk cepat kurus
makanan diet untuk cepat kurus