10 cara mudah cuci kulit kerang yang kotor diselaputi lumpur, baru sedap dimasak
KERANG merupakan makanan laut yang digemari ramai tanpa mengira jantina atau bangsa.
Kerang, sama ada direbus atau bakar saja sudah cukup nikmat bagi penggemarnya, begitu juga jika dimasak sambal dan rendang.
Tetapi proses untuk mencuci cengkerang atau kulit kerang yang kotor diselaputi lumpur cukup melecehkan dan mengambil masa lama.
Sebenarnya ada 10 cara mudah boleh untuk membersihkan kerang yang gelap warnanya sehingga menjadi putih bersih.
Petua itu diajarkan oleh seorang pelayar di Facebook, Shida Rahman menerusi hantaran di grup Masak Apa Hari Ni.
Cara 1
Tumbuk beberapa batang serai sehingga hancur.
Masukkan ke dalam air yang diisi kerang dan rendam selama 10 minit.
Cara 2
Gosok kerang menggunakan pelepah pisang yang masih berdaun.
Kaedah ini boleh menjadikan kerang lebih enak selepas dicuci.
Cara 3
Ramas kerang menggunakan ubi untuk membersihkan cengkerangnya.
Cara 4
Daun betik juga boleh digunakan untuk mencuci.
Cara 5
Gaul kerang bersama hampas kelapa untuk mendapatkan kulit kerang yang putih bersih.
Cara 6
Bawang putih juga boleh digunakan untuk mencuci kulit kerang yang kotor.
Cara 7
Rendam kerang dalam air beras.
Cara 8
Rendam kerang bersama asam keping selama setengah jam.
Cara 9
Rendam menggunakan serbuk kunyit selama 16 minit.
Cara 10
Rendam menggunakan garam sama ada halus atau kasar.
Menurut Shida, antara semua 10 teknik diajarkan, menggunakan serbuk kunyit diisi air (cara 9) merupakan cara paling terbaik untuk mencuci kulit kerang.
Bagaimanapun, kaedah lain juga boleh dicuba mengikut kesesuaian menggunakan barang sedia ada di dapur sahaja.