“Takkan nak downgrade diri dari juri jadi peserta” – Zul 2By2 dedah pernah tolak 4 kali tawaran Gegar Vaganza
“Takkan nak downgrade diri dari juri jadi peserta” – Zul 2By2 dedah pernah tolak 4 kali tawaran Gegar Vaganza
Penyanyi Zul (2 by2) memberitahu dirinya tidak mungkin menyertai mana-mana pertandingan nyanyian selepas ini.
Kata Zul atau Zulkefli Majid, 52, dia sudah layak berada di kerusi juri dan enggan merendahkan tahapnya sebagai penyanyi berpengalaman.
Malah, Zul turut mendedahkan dia pernah menolak empat kali tawaran daripada pihak produksi Gegar Vaganza (GV) untuk menyertai pertandingan berkenaan.
“Rasanya tak mungkin sebab saya sudah berada di tahap menjadi juri bagi pertandingan menyanyi.
“Jadi takkan nak downgrade diri dari juri jadi peserta pula.
“Sebelum ni ada dapat tawaran masuk program GV sebanyak empat kali, tapi semuanya saya tolak dengan cara baik,” katanya kepada mStar.
Berkongsi lanjut, Zul berpandangan program realiti nyanyian ada kebaikan serta keburukan buat penyanyi yang menyertai.
Jelas penyanyi Permaisuri Hatiku itu, jika tersalah langkah, imej seseorang artis itu mungkin tercalar.
“Kebaikan pertandingan nyanyian buat artis ni sebenarnya bagus untuk mereka kembali menaikkan nama dalam industri.
“Tapi keburukkannya pula jika penyanyi terkenal sebelum ini kemudian terkeluar atau tidak menang, ia serba sedikit mencalarkan imej penyanyi itu,” jelasnya.