“Cakap apa yang tak puas hati” – Yusuf Azmi ajak Caprice jumpa ‘face to face’
Yusuf Azmi, selaku pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia ada menyampaikan pesanan buat penyanyi rap, Caprice untuk bersemuka bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.
Ajakan untuk duduk berbincang itu dimuat naik di halaman TikTok persatuan itu gara-gara Caprice sering memuat naik perkara-perkara yang ‘menyentuh’ Persatuan Semboyan.
Surat terbuka untuk Caprice Daddycap . Pihak Semboyan Malaysia mengajak Caprice untuk berdepan dengan kami dan bercakap depan kami tentang apa yang tidak puas hati dengan pihak kami.
Kami menjemput Caprice dan masih menganggap anda sebagai seorang lelaki.
Yusuf juga memaklumkan bahawa undangan pertemuan itu adalah untuk mencapai seteru bagi mendapatkan keadilan dan kebenaran.
Pihak Semboyan dengan hormat mengajak anda untuk duduk semeja dan berdepan dengan kami. Jemput datang ke Semboyan dan kita berbincang demi kebenaran dan keadilan.
Sebelum ini, Caprice ada memuat naik foto Yusuf bersama pemimpin Global Ikhwan (GISBH) dan telah menimbulkan pelbagai spekulasi.