Watie Hanifiah dedah 4 ciri suami idaman yang ada pada Shuib, siap bagi pesanan lagi
Usahawan Watie Hanifiah memuat naik sebuah hantaran yang menceritakan tentang ciri-ciri jodoh yang dia inginkan untuk dijadikan sebagai suami.
Katanya, dia tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah SWT untuk diberikan jodoh yang baik dan turut menyenaraikan empat ciri suami yang dia idamkan.
Menerusi hantarannya di Instagram, Watie berkongsi ciri-ciri suami idamannya iaitu seorang yang kelakar, pandai bermain gitar, bersuara merdu dan seorang pemain golf.
“Dari dulu bila berdoa pasal jodoh, mesti doa semoga Allah jodohkan dengan seseorang yang…
“1. Kelakar (sebab dia kena hari-hari buat lawak, bagi ketawa sebab kalau sehari tak ketawa rasa macam suram hidup)
2. Pandai main gitar (supaya kalau tak pergi karok dia boleh mainkan gitar untuk kita nyanyi)
3. Suara kena sedap (sebab dia kena nyanyi sama-sama sambil petik gitar)
4. Golfer (masa ni ciri-ciri mula bertambah masa umur 27 tahun sebab time ni dah mula suka dengan golf,” kongsinya.
Susulan itu, Watie meluahkan rasa syukur apabila doanya dimakbulkan untuk memiliki suami idamannya dan ciri-ciri tersebut ada pada Shuib.
“Banyak lagi lah sebenarnya kalau nak ceritakan ciri-ciri yang kita nak tu tapi tak sangka Allah tu maha mendengar kan… sebab banyak yang kita nak tu, banyak jugak yang Allah makbulkan… Alhamdulillah,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Watie juga menasihati warganet untuk tidak pernah berhenti berdoa untuk bertemu jodoh dan semestinya perlu bersabar.
“Jadi kat sini kita nak bagi semangat kat korang yang belum bertemu jodoh, lambat bertemu jodoh, jangan risau ok… jangan pernah berhenti berdoa untuk Allah temukan dengan jodoh yang korang inginkan.
“InshaAllah jodoh pasti bertemu kerana sabar itu begitu indah,” ujarnya.
Pada penutup hantaran, Watie sempat mengucapkan kata cinta buat Shuib dan memuat naik video yang memaparkan suaminya itu sedang bermain gitar.
“I Love You @shuibsepahtu,” tulisnya.